Ikan biasanya kita akan masak singgang, asam pedas atau masak kari. Bagi orang pantai timur pula, mereka lebih menyukai hidangan ikan rebus goreng.
Biasanya ikan yang digunakan untuk membuat ikan rebus goreng adalah ikan selayang atau sardin. Memang sedap dimakan ketika masih panas dengan nasi yang baru dimasak.
Nak lebih sedap, makan dengan budu dan timun memang confirm terangkat! Kalau ada nak mencubanya, boleh ikuti resipi perkongsian oleh Aisyah Humaira di bawah.
Baca juga: Cara Goreng Ikan Macam Orang Dulu-Dulu, Sedap Memang Lain Macam
RESEPI IKAN REBUS ASAM PANTAI TIMUR STYLE
Bahan-bahan:
- 7 ekor ikan selayang dicuci bersih
- 4 keping asam keping
- 3 sudu besar rata garam atau ikut masin disukai
- 1 inci nisan (gula melaka)
- 4 keping hirisan lengkuas
- Air secukupnya
Cara-cara:
1. Cuci ikan sehingga bersih. Kemudian masukkan ikan ke dalam periuk.
2. Masukkan bahan-bahan lain iaitu asam keping, garam, gula melaka, hirisan lengkuas dan air secukupnya. Pastikan air tenggelam separuh dari ikan.
3. Tutup periuk dan reneh menggunakan api perlahan sehingga air hampir kering.
4. Boleh terus digoreng atau boleh biarkan semalaman di dalam periuk supaya lebih sedap.
5. Selepas siap goreng ikan, goreng pula bawang dan cili padu sebagai penambah selera.
6. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira
Baca juga: Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup, Tak Hancur & Lurus Elok