Categories: Resipi

Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Keli Masak Lemak Tanpa Meletup, Cara Pun Ringkas!

Masakan lemak cukup popular di Negeri Sembilan sampaikan salah satu hidangan iaitu Ikan Keli Masak Lemak menjadi kesukaan ramai orang yang bercuti ke sana.

Antara cara yang sering digunakan ketika menyiapkan hidangan lazat ini adalah dengan menggoreng, membakar atau menyalai ikannya terlebih dahulu.

Walaupun terdapat pelbagai cara, namun ramai yang suka menyalai kerana hanya perlu  memasak menggunakan asap dengan api dapur perlahan dan hasil isi ikan jadi lebih lembut.

Kami tahu ramai yang sukakan resipi pantas sewaktu memasak. Oleh itu, anda boleh cuba cara buat Ikan Keli Masak Lemak yang simple daripada Mazs Shaari di Facebook ini.

Baca juga: Ikan Kembung Goreng Berlada, Guna Resipi Pantas Ini Untuk Siapkannya

RESIPI IKAN KELI MASAK LEMAK SIMPLE

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Mula-mula, salai ikan dengan menggunakan pemanggang sehingga masak, kemudian ketepikan terlebih dahulu.

2. Kisar atau tumbuk kunyit hidup, cili padi dan bawang merah sehingga lumat.

3. Masukkan air dalam periuk bersama bahan tumbuk tadi, kemudian biarkan mendidih.

4. Selepas itu, masukkan santan, garam, perencah cukup rasa, asam keping dan serai, kemudian biarkan mendidih lagi.

5. Akhir sekali, masukkan ikan keli yang sudah disalai tadi. Siap untuk dihidang!

Apabila nikmatinya, anda akan terkejut dengan hasil kuah yang sangat memikat dan kepedasannya cukup rasa, sampaikan boleh terbayang seperti makan di Negeri Sembilan.

Resipi ini bukan setakat sedap tak terkata, malah caranya sangat ringkas dan sesuai dijadikan bekal ke tempat kerja kerana tak perlu langkah yang banyak.

Manalah tahu tiba-tiba ada tetamu yang nak datang ke rumah tapi anda tiada idea untuk menyediakan hidangan apa, bolehlah buat Ikan Keli Masak Lemak ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Mazs Shaari

Baca juga: Ikan Cencaru Masak Kicap, Cuba Sekali Terus Tak Pandang Lauk Lain

Aimi

Recent Posts

Cara Buat Satay Bhalut Yang Sedang Viral, Rangup Dan ‘Juicy’ Di Dalam

Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…

12 hours ago

Resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi, Cantik Berkilau Bak Cermin Kejadiannya

Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…

12 hours ago

Koktel Buah Segar Dan Kurang Manis, Boleh Buat Di Rumah Sepantas ABC!

Apabila cuaca panas, tekak rasa dahaga dan inginkan sesuatu supaya badan segar. Jika begitu, kami…

14 hours ago

Nasi Ambeng Johor Versi Cepat Siap, Resipi Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan

Jika anda lahir di Johor dan berketurunan Jawa, pasti suka makan Nasi Ambeng Johor yang…

16 hours ago

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

1 day ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

2 days ago