ikan filet sos lemon

Rasa ikan filet sos lemon butter ini memang sangat sedap. Bayangkan ikan yang lembut dan berjus, dipadankan dengan sos mentega yang kaya dan creamy.

Ada rasa masam segar dari lemon, yang buat setiap suapan rasa ringan dan tak muak. Ditambah pula dengan aroma bawang putih tumis yang harum, memang menggoda selera.

Jom kita tengok resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Buat Sendiri Nachos Loaded Cheese Viral, Tak Perlu Beratur Panjang!

RESIPI IKAN FILET SOS LEMON

Bahan-Bahan

Untuk Ikan:

  • 4 keping fillet ikan putih (seperti ikan kod, tilapia, atau haddock)
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk bawang

Untuk Sos Lemon Butter:

  • 4 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 4 ulas bawang putih, cincang halus
  • Jus dan parutan kulit 2 biji lemon
  • 1 sudu besar daun parsli segar, dicincang
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Keringkan fillet ikan dengan tisu dapur. Lumurkan minyak zaitun dan perasakan kedua-dua belah ikan dengan garam, lada hitam, paprika, serbuk bawang putih, dan serbuk bawang.

2. Panaskan kuali besar dengan api sederhana tinggi. Masukkan ikan dan masak selama 3-4 minit setiap bahagian sehingga warna keemasan dan isi ikan mudah dilerai menggunakan garpu. Angkat ikan dan ketepikan.

3. Dalam kuali yang sama, turunkan suhu kepada sederhana. Masukkan mentega dan minyak zaitun. Setelah mentega cair, tambahkan bawang putih cincang dan masak selama 1-2 minit sehingga naik bau.

4. Masukkan jus lemon, parutan kulit lemon, dan daun parsli cincang. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya. Biarkan sos mereneh selama 2-3 minit.

5. Susun ikan fillet di atas pinggan hidangan.

6. Tuangkan sos lemon butter ke atas ikan.

7. Hiaskan dengan hirisan lemon dan daun parsli tambahan untuk menyerikan hidangan.

Sumber: Maryzee Kitchen Diaries

Baca lagi: Cara Buat Tomyam Air Kelapa, Memang Lain Dari Lain Rasa Kuahnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN