ikan celup tepung

Setiap kali pergi Terengganu, memang tak sah kalau tak singgah makan ikan celup tepung. Selain itu, ada banyak pilihan celup tepung yang lain seperti ketam, udang, sotong, bebola ikan dan sebagainya.

Yang penting, semuanya fresh dan murah-murah belaka! Makan pula sambil nikmati pemandangan pantai yang indah, memang auto berselera dibuatnya. 

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba buat sendiri saja di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Isnijumilia Mamadil di bawah.

Baca juga: Cara Buat Sendiri Sos Keropok Lekor, Resipi Original Dari Terengganu

RESEPI IKAN CELUP TEPUNG TERENGGANU

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung beras
  • 1 biji telur
  • 300ml air (air blh ditambah ikut kepekatan)
  • 1 sudu teh kapur makan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar jintan putih (optional)
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • Lada sulah

Cara-cara:

1. Pukul telur dan kapur makan sehingga berbuih. Kemudian masukkan air dan kacau rata.

2. Seterusnya, masukkan tepung beras, serbuk kunyit, jintan manis, garam, serbuk perasa dan lada sulah. Kacau sehingga semuanya sebati.

3. Cuci ikan sehingga bersih dan toskan airnya. Sambil itu, boleh panaskan minyak di dalam kuali.

4. Apabila minyak sudah panas, celup ikan ke dalam adunan tadi dan goreng sehingga masak dan garing.

5. Sedap dimakan sewaktu masih masih dan dicicah dengan sos keropok lekor. Selamat mencuba!

ikan celup tepung

Kredit resipi dan gambar: Isnijumilia Mamadil

Baca juga: Cara Buat Laksa Terengganu Kuah Putih, Makan Dengan Laksam Pun Boleh

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN