Menu ini mempunyai banyak versi seperti contoh ikan bilis goreng cornflakes perkongsian Cik Puan Makcik Ratu. Rugi kalau tak cuba!
Menu ini sesuai jika dimakan bersama bubur nasi, nasi putih, ketupat dan sebagainya.
Jom lihat bahan-bahan dan cara memasaknya yang sangat mudah.
Baca lagi: Jejari Ayam Mudah Guna 3 Bahan, Sebijik Macam Ayam Gunting Pasar Malam!
RESIPI IKAN BILIS GORENG CORNFLAKES
Bahan-bahan:
- 1 cawan ikan bilis (dibelah empat dan digoreng hingga sejuk)
- 3.5 sudu besar almond nibs (disangai hingga sejuk)
- Cornflakes jenama pilihan sendiri
- 4 sudu besar cili flakes (disangai)
- 3-4 sudu besar minyak masak
- 3 sudu besar cili kisar halus
- 1 sudu kecil serbuk bawang putih
- 1 sudu kecil serbuk cili (jenama pilihan sendiri)
- 3-4 sudu besar gula kastor atau gula perang
- 1 sudu besar serbuk perasa
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian matikan api.
2. Tumiskan cili flakes dan cili kisar hingga wangi.
3. Masukkan serbuk bawang putih, serbuk cili, gula, dan serbuk perasa. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng, almond nibs, dan cornflakes. Gaul rata.
5. Sejukkan bahan tumis sebelum dicampurkan untuk mengekalkan kerangupan.
Siap untuk dinikmati!
Sumber: Makcik Ratu
Baca lagi: Puding Red Velvet Jalur Gemilang, Boleh Cuba Resipi Ini Sempena Hari Merdeka!