Selain ikan kembung, ikan bawal juga menjadi pilihan lauk untuk dimasak di rumah dan resipi paling disukai ramai ialah Ikan Bawal Masak Sos Tiram Lada Hitam.
Walaupun lauk ini nampak ringkas saja, namun Ikan Bawal Masak Sos Tiram Lada Hitam merupakan lauk yang sangat sedap dimakan bersama nasi putih yang panas.
Jika teringin untuk buat sendiri di rumah, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Ikan Bawal Masak Taucu, Lauk Mudah Dan Ringkas Ini Wajib Buat Setiap Minggu
RESIPI IKAN BAWAL MASAK SOS TIRAM LADA HITAM
Bahan-bahan:
- 3 hingga 4 ekor ikan bawal (saiz sederhana)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 4 ulas bawang putih (dicincang atau dihiris)
- 1 batang serai (dihiris tipis)
- 2 biji cili merah (dihiris tipis)
- 2 biji cili hijau (dihiris tipis)
- Cili padi (jika suka pedas)
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- Minyak (untuk menumis)
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, goreng ikan bawal, angkat dan ketepikan dahulu.
2. Selepas itu, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
3. Kemudian, masukkan bawang merah, serai, cili merah, cili hijau dan masak sehingga naik bau.
4. Masukkn sos tiram, lada hitam dan setengah cawan air masak, kemudian masak sehingga pekat.
5. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk perasa secukupnya, kemudian masukkan ikan bawal goreng dan gaulkan. Siap untuk dihidang!
Bagi mempelbagaikan hidangan, anda boleh guna resipi Ikan Bawal Masak Sos Tiram Lada Hitam kemudian gantikan dengan jenis ikan lain seperti ikan kembung, ikan tenggiri, ikan tongkol dan sebagainya.
Cara membuatnya cukup mudah dengan hanya menggoreng ikan dan membuat kuah sos. Jadi, resipi ini memang sesuai untuk anda yang nak cepat siap masak di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Ateekah
Baca juga: Ikan Masak Asam Paling Mudah Dengan 5 Langkah, Hirup Kuahnya Rasa Nikmat!