Categories: Resipi

Ikan Bakar Sumbat Rempah Ratus, Rugi Sangatlah Kalau Tak Cuba!

Ini dia resipi Ikan Bakar Sumbat Rempah Ratus yang paling mudah dan semestinya sedap! Kalau tengah cari resipi ikan bakar inilah salah satu yang patut anda cuba. Cuma perlu bakar ikan dalam oven sahaja. Tak sampai 20 minit dah siap!

Cuma perlu tumbuk semua bahan yang diperlukan, sumbat dan lumur pada ikan. Kemudian, balut dan bakar ikan sehingga masak.

Baca juga: Percik Ikan Kembung Sedap ‘Dooh’, Buat Kuah Percik Sedap Guna Resipi Tradisi

Dicicah pula dengan cili kicap yang ada perahan limau, memang menaikkan lagi selera makan anda. Nak ratah macam tu je pun sedap. Nak makan dengan nasi putih pun tak jadi masalah.

Cara memasak ikan bakar juga ada pelbagai versi dari segi penggunaan bahan perapannya. Dan masing-masing mempunyai keenakannnya yang tersendiri.

Kepada mereka penggemar ikan bakar yang disumbat dengan rempah ratus, bolehlah follow resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Fannil Nadzirah ini. Perkongsian beliau telah meraih sehingga 2.3K shares di Facebook tau!


RESIPI IKAN BAKAR SUMBAT REMPAH RATUS

Menu rare keluarga saya, ikan bakar sumbat rempah ratus resipi Madura. Ramai yang bertanya resepi ni, jadi saya kongsikan kepada semua untuk mencuba. 

Bahan-bahan:

  • 7 ekor ikan cencaru – dibersihkan dan dikelar belakang ikan
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit – untuk balut ikan

Bahan-bahan tumbuk:

Cara-cara penyediaan:

1. Tumbuk ke semua bahan-bahan untuk menumbuk di atas. Kemudian, tumis di atas dapur hingga masak. 

2. Masukkan daun limau purut dan carik-carikkan semasa bahan sedang ditumis.

3. Angkat dan sejukkan. Selepas itu, sumbatkan ke dalam ikan cencaru yang sudah dibersihkan. Bagi penuh dalam perut ikan. Kalau ada lebih, boleh lumur dibahagian luar ikan.

4. Lepas dah sumbat bahan dalam ikan, rehatkan seketika dan biarkan meresap kedalam isi ikan.

5. Kemudian, balut ikan dalam daun kunyit dan letakkan juga sedikit minyak supaya tak melekat. Dan bakar sehingga masak menggunakan oven.


Siap untuk dihidang! Ikan bakar ni makan panas-panas memang seronok. Anda wajib cuba resepi ini, manalah tahu sesuai dengan tekak. Boleh buat selalu. Cara penyediaannya juga terbukti mudah.

Bahan memasak yang digunakan juga cuma memerlukan bahan asas memasak yang mesti ada didapur anda.

Selamat mencuba! 

Baca juga: Nak Anak Bijak? Biasakan Bagi Makan Ikan 2 Kali Seminggu Berbanding Ayam

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Tips Simpan Makanan Dalam Peti Ais, Baru Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…

10 hours ago

Peria Goreng Crispy, Ikut Cara Ini Tak Ada Rasa Pahit Walau Sedikit Pun

Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…

15 hours ago

Kek Coklat Karamel Kukus, Kombinasi Rasa Manis Dan Lembut

Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…

17 hours ago

Karipap Spera Cara Utara, Inti Kelapa Pedas Yang Menyelerakan!

Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…

17 hours ago

Kek Batik Pandan Lembut Yang Mudah, Resipi Ini Sumpah Tangkap Leleh!

Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…

17 hours ago

Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…

17 hours ago