nasi butter

Pasti ramai yang dah pernah makan nasi butter di KFC kan? Bukan sahaja digemari oleh golongan dewasa, anak-anak pun suka sebab rasa dan aroma dia memang memikat selera!

Kalau nak beli dalam kuantiti yang banyak, harganya boleh tahan mahal juga. Jadi apa kata jom cuba buat sendiri di rumah. Simple je cara untuk membuatnya.

Sekali sekala cuba tak salah kan? Kadang-kadang bosan juga asyik makan nasi putih biasa. Jom lihat resipi nasi mentega ala KFC perkongsian oleh Sharmynn Hazwan di bawah, selamat mencuba!

Resipi Nasi Butter Ala KFC

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Halia
  • Planta/margerine pelangi
  • Kiub pati ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak bijan

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah dan halia dengan planta/margerine pelangi.
  2. Masukkan bahan tumisan ke dalam beras yang sudah dibasuh bersih.
  3. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam.
  4. Renjis sedikit minyak bijan. (bahan penting)
  5. Sukat air macam biasa untuk masak nasi.

Nota: Memang tak letak daun pandan atau geng sekawan, tapi rasa dia tetap mantap!

nasi butter

Kredit: Sharmynn Hazman

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN