ayam goreng rempah kari

Bagi penggemar ayam goreng, mari cuba versi lain iaitu resipi Ayam Goreng Rempah Kari. Memang terangkat selera dibuatnya!

Baca juga: Rahsia Ayam Goreng SEDAP Sampai Ke Tulang, Lelaki Kongsi Tip

Aroma rempah kari dengan gabungan beberapa bahan lain pasti membangkitkan selera lagi-lagi anak-anak yang sukakan ayam goreng. Kalau nak cuba, resipi Noreen Elainie ini sangat mudah.

Tinggal kisar bahan, gaul, dan goreng. Ratah waktu panas memang sedap!


RESIPI AYAM GORENG REMPAH KARI

Yang suka makan kering, nasi panas-panas dan gaul dengan ayam goreng kari, Fuhh! WAJIB CUBA sebab resipi ini tak susah pun macam goreng ayam kunyit je tapi rasa & baunya tak boleh bawa bincang.

ayam goreng rempah kari

Bahan-bahan:

  • Ayam secukupnya – dipotong dadu
  • 1-2 biji bawang merah – potong dadu / cincang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Hirisan cili hijau secukupnya

Bahan perapan:

  • 5 sudu makan serbuk cili
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Cili hijau secukupnya
  • Bawang putih secukupnya
  • Halia secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Bersihkan ayam, potong kecil dan gaulkan bersama bahan-bahan perapan hingga rata. Biarkan selama ½ jam.

2. Dalam kuali, panaskan minyak masak sedikit banyak. Masukkan cincangan bawang merah. Tumis hingga kekuningan.

3. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi. Gaul-gaul biar goreng dengan sekata.

4. Bila ayam kelihatan masak, masukkan sos tiram dan hirisan cili hijau. Gaul lagi hingga semua bahan sempurna dan cukup rasanya.

5. Ayam Goreng Kari siap disediakan dan sedia untuk dinikmati.

ayam goreng rempah kari

Nota tambahan: Ayam perlu dipotong kecil bertujuan supaya ia mudah masak bila digoreng bersama minyak nanti. Lebih enak jika dicampur bahagian isi bersama bahagian tulang. Kombinasi ini sangat sesuai dengan rasa rempah kari yang sedap.


Selamat mencuba resipi ayam goreng versi ini.

Sumber: Facebook Noreen Elainie

Baca juga: Ayam Goreng Ala Upin Ipin, Ini RAHSIA Buat Bancuhan Tepung Menggoreng

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN