air nabeez

Mungkin ramai yang sudah mengetahui khasiat rendaman air kurma atau lebih dikenali sebagai air nabeez. Minuman ini mampu memberikan tenaga kepada kita sepanjang berpuasa pada bulan Ramadan.

Cara mengamalkannya adalah dengan meminum setiap kali waktu sahur. Namun begitu, ada pantang larang jika mahu membuat air nabeez ini kerana boleh jatuh hukum haram diminum jika direndam selama lebih 3 hari.

Mari ikuti perkongsian penuh daripada Puan Hanis Zulaikha di bawah.

Baca juga: Cara Buat Pati Kurma Untuk Sahur, Nak Minum Tinggal Gaul Dengan Susu Saja!

CARA MEMBUAT AIR NABEEZ

Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis direndam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya semasa sahur.

Air ini adalah kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa biji kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air itu nabi minum dan buah kurma yabg dah lembik itu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez ini dikatakan sebagai sunnah nabi.

Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah SAW ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh biji kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu.” (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Air nabeez ini adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin dari badan. Dalam ertikata lain sebagai detox.

Disebabkan air nabeez tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan atau menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.

air nabeez

Cara buat air nabeez:

Cara nak buat air nabeez ni senang sangat. Rendam beberapa biji kurma (seeloknya bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air atau gelas. Basuh dulu tau kurma itu.

Seeloknya dibuat waktu petang atau malam. Pastikan direndam di dalam bekas bertutup.

Keesokkan paginya ketika sahur, air itu boleh diminum dan buah kurma yang telah lembut itu dimakan begitu sahaja. Nak buat milk shake pun sedap juga. Boleh kisar tambah oat 2-3 sudu sikit. Nak minum begitu saja pun boleh.

Kurma apa pun tak kisah ikut bajet sendiri. Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh juga.

Caranya ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak. Pastikan basuh dahulu sebelum direndam.

Kalau nak minum pada waktu pagi, buat pada waktu petang atau malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma atau kismis di waktu pagi. Ada yang kata kena rendam 8-12 jam. Wallahuallam.

HUKUM MINUM AIR RENDAMAN KURMA YANG SUDAH LEBIH 3 HARI

Ada pantang larang tau dalam buat air nabeez ni.

Korang boleh gunakan salah satu je pada satu masa. Tak boleh campurkan kurma dan kismis. Maksudnya kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.

Minggu pertama rendam kurma, minggu kedua tukar kepada kismis. Kalau tak ada stok, guna saja kurma sampai habis bulan ramadhan.

Air nabeez inikalau disimpan di dalam peti ais boleh tahan 1- 2 hari je, masuk hari ke-3 dah tak sedap.

Tapi dilarang meminum air rendaman kurma atau kismis yang sudah memasuki 2-3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma atau kismis yang dibiarkan melebihi 2-3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis atau kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum.

Lebih baik korang buat hari hari jer. Rendam dengan air kosong biarkan semalam. Letak je sebotol tu kat meja makan. Anggaran 1 liter. Esok sahur minum share 4 orang.

Wajib cuba tau. Serius esok korang tak rasa letih sangat.

Kredit: Hanis Zulaikha via Mingguan Wanita

Baca juga: Cara Makan Kurma Lain Dari Lain, Sedap Sungguh Rasa Lemak Butter & Rangup Kacang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN