Categories: ArtikelInfomasi

“Hidden Cafe” Di KL, Makan Dan Lepak Di Tepi Kolam Renang

Korang yang berada di KL mesti tercari-cari kafe yang best untuk lepak chill dengan kawan-kawan korang kan? Tidak dinafikan di KL ni dah terlalu banyak sangat kafe aesthetic dan mesti anda dah bosan kan? Haa kali ini, kami nak share kepada anda sebuah hidden kafe di KL siap ada swimming pool tau. Menarik kan?

Rata-rata review daripada pelanggan di sini juga mengatakan yang makanan di sini memang sedap-sedap belaka. Harga pun takde lah mahal sangat. Sambil makan dan lepak chill sebelah swimming pool kan, memang layan. Nama kafe ini adalah Kleptokrat dan terletak di Jalan Tun H S Lee.

“Hidden Cafe” Di KL, Makan Dan Lepak Di Tepi Kolam Renang:

Sebuah akaun di Twitter @jomroundsydxtyo, ada berkongsi pengalamanya makan di kafe ini. Katanya memang rugilah kalau anda yang berada di KL tapi tak singgah kafe ini.

Wajib try cafe ni kalau datang KL

Kredit – fb Siti Amimah

Cantik kan hidden cafe ni? Korang boleh makan dan chill di tepi pool. Cafe ni ada vintage vibes dan menyediakan menu yang pelbagai dari Australian dishes sampai ke local dishes

Haa cantik kan kafe ni? Rasa macam bukan di Malaysia pulak, memang best la kalau lepak dan makan di sini. Nak bergambar pun boleh, mesti cantik!

Kredit – fb Siti Amimah

Bergambar kat sini pun confirm cantik

Bukan setakat tempat je cantik tau, makanan di sini juga enak. Dan ada banyak pilihan makanan. Daripada makanan barat hingga ke makanan lokal.

Tengok pun tahu sedap!

Menarik kan hidden kafe ni? Haa rugi tau kalau korang tak try pergi ke kafe ni. Dan untuk anda yang ada plan nak ke KL tu, jangan lupa singgah kafe Kleptokrat ni tau!

Alamat: Kafe Kleptokrat, 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (10AM – 10PM)

Sumber: @jomroundsydxtyo

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago