Categories: Infomasi

Hari Jadi Dah Nak Dekat? Ini 12 Kedai yang Korang Boleh ‘Claim’ Makanan Percuma

Siapa je tak suka kalau masa hari jadi dapat hadiah atau pemberian istimewa dari pasangan, keluarga atau rakan-rakan kan?

Walaupun pemberian yang kecil, terasa dihargai atau diingati pun sudah membuatkan hati kita gembira.

Untuk pengetahuan korang, sebenar korang boleh reward diri korang dengan tebua ganjaran atau hadiah dari 12 kedai ini.

Baca juga: Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijual

Nak tahu senarai kedai yang korang boleh claim sempenan hari jadi? Jom kita tengok.

1. Baskin Robbins


Baskin Robbins selalunya akan belanja aiskrim percuma sempena hari jadi pembelinya.

Tapi sebelum itu, jangan lupa daftar sebagai ahli Club 31 menerusi aplikasi BR. Bukan setakat dapat aiskrim percuma je setiap kali hari jadi, Tapi banyak juga tawaran diskaun serta baucar percuma untuk ahli.

2. Llao llao


Dengan gunakan aplikasi myllaollaoclub, korang boleh dapatkan 1 Petitllao secara percuma.

Untuk redeem, e-baucar yang dimasukkan sah sehingga 10 hari dari tarikh hari jadi korang.

3. Starbucks


Siapa je tak suka minum air Starbucks kan? Ini antara claim hari jadi yang paling ramai suka redeem.

Starbucks kebiasaannya akan beri satu slice kek percuma kepada ahlinya.

4. FamilyMart


Untuk dapatkan Sofuto percuma daripada FamilyMart sempena birthday, boleh pergi ke cawangan terdekat.

Hanya tunjukkan Birthday Rewards yang akan ditambah secara automatik pada bulan hari lahir korang.

5. ZUS Coffee


Di ZUS Coffee pula, korang boleh tebus 1 kek percuma. Cara untuk dapatkannya juga menerusi aplikasi.

Hanya add to cart mana-mana minuman yang korang dan untuk dapatkan kek percuma. E-baucar tersebut hanya valid satu bulan sahaja selepas hari jadi.

6. Tealive


Untuk penggemar Tealive, memang rugi kalau anda tak muat turun aplikasi mereka. Bukan saja dapat ganjaran Beli 1 Percuma 1, malah korang juga bakal nikmati minuman percuma sempena Hari Jadi!

7. Gong Cha


Ada lagi satu bubble tea yang korang boleh tebus secara percuma. Hanya perlu jadi ahli Royalty di Gong Cha dan dapatkan Baucar minuman percuma bernilai sehingga RM8.50.

8. KFC


Bosan asyik redeem pencuci mulut je kan, tapi kalau di KFC, korang boleh redeem 2 ketul Combo percuma.

Untuk tebus, muatnaik aplikasi KFC Malaysia.

9. Juice Works


Dapatkan minuman percuma pada Hari Jadi dan rebat istimewa sepanjang bulan yang sama.

Tawaran ini hanya sah pada tarikh Hari Jadi anda saja, tau. Jadi, jangan lupa singgah ke Juice Works untuk tebus ganjaran ini.

10. The Coffee Bean & Tea Leaf


Wah, ni dah temasuk kek percuma ketiga yang korang boleh dapatkan sempena Hari Jadi!

Untuk tebus ganjaran ini, anda hanya perlu beli mana-mana handcrafted beverages.

Kalau tak nak kek percuma, korang juga boleh tebus 20% diskaun daripada bil (kecuali aksesori, mesin kopi, kapsil serta produk pihak ketiga)

11. Sushi King


Buat peminat Sushi King, jangan lupa daftar dulu sebagai ahli untuk dapatkan ganjaran Birthday Exclusive – 200 Smile Points (bernilai RM10) dan dessert percuma.

12. Boost


Bagi korang yang sukakan jus segar, enak dan berkhasiat, jangan lupa untuk daftar sebagai ahli CLUB Boost Juice! Ada ganjaran smoothie atau jus percuma sempena Hari Jadi.

Tapi jangan lupa, semak dahulu senarai terma dan syarat kesemua senarai kedai di atas supaya dapat redeem dengan mudah sempena hari jadi.

Semoga bermanfaat!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Alamak! Barang Dapur INI Nampak Bersih Tapi Sebenarnya Penuh Kuman, Ramai Guna Setiap Hari

Dapur yang kemas dan bersih bukan bermakna semua peralatan di dapur bebas daripada kuman. Ada…

13 hours ago

Resipi Pulut Kuning Kelantan Yang Lembut, Berkilat & Cukup Lemaknya, Jangan ‘Skip’ Langkah Kukus Dua Kali Ini

Resepi pulut kuning Kelantan mendapat tempat di hati ramai. Pulutnya lembut, berlemak dan cukup sedap…

14 hours ago

Resipi Chawanmushi Sedap & Lembut Ala Dekat Restoran Jepun, ‘First Time’ Buat Pun Terus Menjadi!

Resepi chawanmushi merupakan antara hidangan Jepun yang cukup terkenal dengan teksturnya yang lembut, licin dan…

15 hours ago

Cara Masak Ayam Kicap 3 Budak Gemok, Ada Bahan Rahsia Ini Yang Buat Rasa Lagi Sedap!

Kalau mencari ayam 3 budak gemok, resipi ini antara menu ayam yang mudah tetapi cukup…

18 hours ago

Cara Buat Pancake Gebu Guna 2 Bahan Utama Saja, Tetap Lembut Tanpa Guna Baking Powder!

Kalau anda sedang mencari cara buat pancake gebu yang mudah, resipi ini memang wajib dicuba.…

20 hours ago

Petua Jika Terkena Minyak Panas Ketika Memasak, Ini Langkah Pertama WAJIB Buat!

Petua jika terkena minyak panas penting diketahui oleh setiap orang yang selalu berada di dapur,…

1 day ago