telur

Baru-baru ini kecoh dengan isu yang mendakwa harga telur semakin naik ekoran kawalan kartel.

Menurut laporan Kosmo, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) gesa kerajaan untuk ambil serius tentang isu bekalan makanan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kemungkinan bekalan itu disorok dan disimpan selama ini ada, kerana mereka ini adalah ‘gergasi’ dalam industri dan boleh berbuat apa sahaja yang mereka inginkan.

Artikel berkaitan: Banyak Risiko Makan Telur Rosak, Kenali 7 Tanda Ini Yang Wajib ‘Alert’

“Bekalan itu memang sudah ada, tetapi kena sorok, simpan atau jual dekat orang lain. Ada satu kes, anak ayam terlampau banyak, jadi mereka bakar sebab takut harga jatuh. Tiada siapa ambil tindakan atas perbuatan zalim ini,” katanya.

Jelasnya, Malaysia sudah terlalu lama terpengaruh dengan kartel yang mengawal dan memainkan peranan berterusan membuatkan bekalan makanan seperti telur, ayam dan minyak paket tidak stabil.

“Bekalan makanan pun bukan boleh disimpan dalam masa yang lama, jadi pihak yang ‘menyimpan’ barang-barang tersebut, lepaskan dalam pasaran untuk buat duit,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, masalah sorok bekalan itu mungkin ada tetapi tidak semua.

“Semua pihak harus memainkan peranan penting dan bukannya mencari kesalahan satu pihak sahaja.

“Kita menyeru kerajaan untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menangani dan memantau isu ini,” katanya.

Tambahan lagi, gesaan itu juga turut disuarakan oleh Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ambil tindakan tegas ke atas peniaga atau pembekal yang terbabit.

Kenaikan harga itu juga didakwa berpunca daripada pembekal yang mengenakan caj tambahan, iaitu dua sen untuk setiap biji telur sehingga memaksa harga jualan runcit turut dinaikkan untuk semua jenis gred.

Sumber: 1,2

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN