Bulan puasa selalunya kita nak makanan yang senang dan mudah di masak sahaja untuk berbuka, janji perut kenyang. Kalau korang nak makan makanan yang sedap tapi menggunakan beberapa bahan sahaja, boleh cuba resepi ayam reneh kicap ini ala masakan kaum Cina. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

30 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

AYAM RENEH KICAP

Bulan puasa selalunya kita nak makanan yang senang dan mudah di masak sahaja untuk berbuka, janji perut kenyang. Kalau korang nak makan makanan yang sedap tapi menggunakan beberapa bahan sahaja, boleh cuba resepi ayam reneh kicap ini ala masakan kaum Cina. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • ½ ekor ayam

  • 6 ulas bawang putih

  • 2-3 tangkai daun bawang

  • 3 inci halia

  • 10 tangkai cendawan shitake

  • 2-3 sudu besar sos tiram

  • 3 sudu besar kicap manis

  • 1 kuntum bunga lawang

  • 1 sudu minyak bijan

  • Garam secukup rasa

Kredit : Kamarul Ariffin Nor Sadan

CARA PENYEDIAAN
  • Goreng ayam sehingga lemaknya cair, dan luaran dia perang.

  • Kemudian, masukkan bawang putih cincang, halia hiris, dan daun bawang.

  • Letak sos tiram. Masukkan semangkuk air dan kemudian masukkan kicap manis.

  • Masukkan cendawan shitake, tutup periuk dan reneh selama 20-30 minit.  Periksa sekali sekala jika air kering, tambahkan air lagi.

  • Selepas itu, masukkan bunga lawang, cili kering, dan lada hitam.

  • Pekatkan dengan bancuhan air tepung jagung, titiskan minyak bijan. Tutup api dan sedia dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN