resipi beregedil
Bergedil merupakan pelengkap hidangan. Selalunya bergedil menjadi hidangan sampingan dalam soto. Memang bertambah sedap makan soto jika ada bergedil ni apatah lagi jika makan bersama sambal kicap.

Kalau ada nak cuba buat, ikut saja resipi di bawah. Siap ada sukatan untuk 40 biji bergedil, mudah nak agak-agak untuk berapa orang makan.

Resipi Bergedil

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji kentang saiz besar (kupas dan potong setebal 1/2 inci)
  • 20 biji bawang merah (dimayang)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
  • 3 tangkai daun sup (ambil daunnya sahaja dan hiris nipis)
  • Garam secukup rasa
  • 500 gram daging (dikisar atau cencang halus)
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Telur ayam untuk mencelup adunan

CARA MEMBUAT:

1. Goreng kentang sehingga masak. Angkat dan toskan. Kemudian kentang ditumbuk sehingga lumat. Ketepikan.

2. Tumbuk bawang merah yang telah dimayang. Masukkan ke dalam bekas berisi kentang.

3. Masukkan lada hitam, daun sup dan garam.

4. Masukkan daging.

5. Gaul adunan ini sehingga sebati.

6. Ambil sejemput adunan. Bentukkan menjadi bulat dan sedikit leper. Ulang sehingga adunan habis.

7. Panaskan minyak masak dalam kuali. Dalam bekas lain, pukul telur ayam.

8. Celupkan adunan ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan sedia dihidang.

KREDIT: Facebook Izwahani Zainal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN