gulai kuning sotong

Satu hidangan yang pasti membuatkan anda menjilat jari adalah Gulai Kuning Sotong Terengganu. Memang lazat jika disantap bersama-sama dengan ikan rebus goreng dan sambal belacan mangga.

Walaupun hidangan ini ringkas, namun ia pasti membuka selera untuk menambah nasi. Rasa pedas dan kaya lemaknya seimbang, hampir sama macam makan rendang sotong.

Baca juga: Cara Siang Sotong Ikut Jenis, Panduan Lengkap Bagi Yang Nak Belajar

Teknik memasak adalah dengan menggoreng dahulu daun kunyit dan daun limau sangat menarik. Semua ini menjadikan gulai sotong ini sangat wangi. Warna gulai ini juga sangat menarik. Mari ikuti resipi dari perkongsian Muliadi Ramli ini. 

RESIPI GULAI KUNING SOTONG TERENGGANU

gulai kuning sotong

Bahan A:

  • Sotong saiz besar 800g (disiang dan dibersihkan. Sotong besar boleh dikelar-kelar)

Bahan-bahan B:

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang merah 5 biji
  • Kunyit hidup 2 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • Halia 1/2 inci (optional)

Bahan-bahan C:

  • Serai 2 batang (diketuk)
  • Asam keping/ gelugor 3 kpg
  • Santan pekat 300g
  • Air 3 cawan
  • Daun kunyit (optional)
  • Timun batang atau kacang panjang (optional)
  • Lada besar merah dan hijau utk hiasan
  • Garam gula dan perasa

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan air dan santan dalam periuk, masukkan serai dan asam keping, kacau hingga mendidih.

2. Masukkan bahan yang telah dikisar, teruskan mengacau.

3. Tambahkan sotong, lada, dan daun kunyit.

4. Masukkan garam, gula, dan perasa secukup rasa.

5. Tutup periuk dan biarkan selama 5 hingga 8 minit, bergantung kepada saiz sotong.

6. Hidangkan segera.

gulai kuning sotong

Selamat mencuba!

Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’

Sumber: Facebook Muliadi Ramli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN