Categories: Resipi

Makanan Orang Dulu-dulu, Gulai Ikan Masin Tumis Darat

Gulai Ikan Masin Tumis Darat, menu tradisi mudah yang jadi kegemaran ramai. Lauk ini sangat enak dimasak menggunakan Ikan Talang.

Terasa nikmat dalam setiap suapan. Bagi anda yang suka, pasti tahu beratap nikmatnya. Makin diperangat, makin enak kuahnya.

Baca juga: Mudahnya Nak Buat Gulai Darat Daging, Tak Perlu Tumis Pun

Jom cuba resipi perkongsian dari Mariana Zainal ni. Sesuai dijadikan menu makan tengahari.

Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat

Bahan-bahan:

  • 2-3 ekor ikan duri masin @ikan talang masin lagi sedap – potong ikut suka
  • 4 sudu makan rempah kari ikan cap ‘O’ (jenama lain pun boleh)
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • 3 1/2 cawan santan daripada sebiji kelapa (jika guna santan kotak, guna 1 kotak kecil dan masukan air 3 cawan)
  • 2 cubit gula
  • Sedikit bahan perasa jika suka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 1/2 keping asam gelugur (boleh gantikan 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair)
  • Terung bulat – potong 4 (boleh juga guna terung panjang)
  • Kacang panjang secukupnya

Bahan Kisar:

  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit air

Bahan Tumis Darat:

  • 1 biji bawang besar @ bawang ros – hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh halba campur
  • 5 tangkai cili kering – potong serong
  • 2 senduk minyak masak untuk menumis

Cara memasak:

1.Rendam potongan ikan masin dalam air panas untuk kurangkan rasa masin. Kemudian basuh dan toskan.
2. Satukan bahan kisar, air asam jawa, rempah kari, gula dan sedikit perasa dalam periuk atau kuali. Masak selama 5 minit untuk bagi rempah masak elok.
3. Kemudian masukkan santan. Apabila santan mula mendidih, masukkan terung bulat.
4. Bila terung bulat sudah mula lembut, masukkan ikan masin. Masak guna api sederhana dan kena kacau selalu untuk elakkan santan pecah minyak.
5. Apabila kuah gulai mula mendidih ganas, masukkan kacang panjang. Tunggu sayur lembut.
6. Sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing. Tambah garam jika perlu tapi harus rasa terlebih dahulu. Tutup api. Ketepikan.
7. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumis darat hingga agak garing.
8. Kemudian tuang bahan tumis darat dalam kuah gulai tadi sekali dengan minyaknya sekali.
9. Gulai Ikan Tumis Darat siap untuk dinikmati.

Nota tambahan: Gulai ini sedap jika diletak nanas. Tetapi jika tambah nanas, jangan letak air asam hawa atau asam keping.

Selamat mencuba.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago