Gulai ikan kering ini memang sangat menggamit selera terutama sekali sekiranya makan bersama sambal belacan serta ulam-ulaman.
Bahan-bahan tidak begitu sukar untuk dicari dan anda boleh olah mengikut tahap kepedasan sendiri.
Anda perlu berhati-hati ketika menikmati lauk ini kerana risau sekiranya terleka, tak sedar menambah nasi!
Jom tengok resipi yang telah dikongsikan menerusi laman sosial Facebook ini.
Baca lagi: Resepi Durian Mille Crepe Terlebih Lapis, Rasa Lembut Berkrim Di Mulut
RESIPI GULAI IKAN KERING
Bahan-Bahan:
- 3-4 ekor ikan kering (dibasuh)
- Timun (dibelah kecil)
- 5-6 biji cili hijau
- 1-2 keping nanas (dipotong dadu)
- Santan secukupnya
- Garam, gula, dan perasa secukupnya
Bahan Kisar:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3-4 tangkai cili kering
- 1 biji cili merah
- 2-3 biji cili padi (untuk rasa pedas)
- 2 inci kunyit segar
- Sedikit lengkuas
Cara Memasak:
1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali, buka api, dan biarkan mendidih sambil kacau agar tidak berketul.
2. Tambahkan ikan kering, hirisan nanas, cili hijau, dan timun.
3. Perasakan dengan garam, gula, dan perasa secukupnya, berhati-hati dengan jumlah garam kerana ikan kering sudah masin.
4. Asam keping tidak diperlukan kerana nanas sudah memberikan rasa masam.
5. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan padamkan api.
Sedia untuk dinikmati!
Sumber: Lisa Aisha
Baca lagi: Bonda Ajar Cara Buat Cream Puff Sedap, Resipi Legend Lebih 20 Tahun!