Sedapnya gulai daging tetel ini. Makan panas-panas dengan nasi putih memang layan. Bagi yang buntu nak masak lauk berbuka apa hari ini, apa kata anda cuba yang sangat menyelerakan ini.
Boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Mori Said Kitchen ini. Selamat mencuba!
Baca juga: Panduan Simpan Daging Mengikut Jenis Supaya Tahan Lama
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Cara-cara memasak:
1. Rebuskan daging tetel sehingga empuk. Dalam resipi Mori Said Kitchen, beliau rebuskan daging menggunakan pressure cooker untuk jimatkan masa. Ketepikan.
2. Sediakan bahan-bahan kisar. Kemudian kisarkan bahan-bahan tersebut sehingga halus.
3. Dalam periuk, panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Tambahkan 2 sudu besar cili kisar dan serai yang sudah diketuk. Gaul sebati.
5. Tambahkan sedikit air untuk masakkany sehingga sebati.
6. Bila bahan-bahan tadi sudah masak, boleh masukkan daging tetel yang siap direbus tadi.
7. Masukkan juga santan dan asam keping. Kacau hingga semuanya dan biarkan ia mendidih sebentar.
8. Tambahkan daun limau purut dan daun kunyit untuk naikkan lagi aromanya. Boleh perasakan lauk dengan garam secukup rasa.
9. Sudah siap dan boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.
Video penuh:
@morisaidkitchen 1 kilo daging tetel di rebus sehingga betul2 lembut. Mori gunakan PC jer… sbb nk cepat. Sediakan bahan kisar 1 biji bawang besar (size besar, kalau size kecil, guna 2 biji) 1 labu bawang putih 2 inci halia 1 inci kunyit hidup 1 inci belacan 30 biji cili padi hijau (kalau campur yang merah kurang kan sikit yang hijau) (kisar sehingga halus) 1 sudu makan cili kering kisar (untuk cantik kan lagi kuah) 1 kotak kecil santan 2 batang serai diketuk 2 asam keping 3 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit Garam Perasa #morisaidkitchen #gulaidagingtetel #gastreaux foodie
Selamat mencuba!
Baca juga: Daging Goreng Ketumbar Cara SIMPLE, Tinggal Perap Dan Terus Goreng!
Sumber: TikTok Mori Said Kitchen
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…