Setiap kali ke panggung wayang, mesti wajib beli air dan makanan ringan yang dijual di kaunter kan? Tak lengkaplah kalau tak ada popcorn bila sedang menonton filem.
Sudah sedia maklum, harga makanan dan minuman yang dijual sememangnya agak sedikit mahal daripada luar pawagam. Mungkin ada beberapa kos juga harus diambil kira.
Tetapi, jika harga yang dikenakan tinggi melampau. Ia merupakan satu kesalahan besar kerana dikira mengambil kesempatan terhadap pengguna.
Seperti yang berlaku pada sebuah syarikat pawagam, Golden Screen Cinema Sdn. Bhd. (GSC) yang telah dijatuhkan hukuman denda RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen atas kesalahan mencatut.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, pencatutan itu melibatkan penjualan air mineral 600 mililiter (ml) jenama Spritzer dan keropok kentang 75 gram (gm) jenama Mister Potato.
Katanya lagi, GSC didapati melakukan kesalahan tersebut setelah mahkamah meneliti keterangan daripada tiga saksi pendakwaan dan empat orang saksi pembelaan serta hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.
“Hakim Nariman Badruddin telah membuat keputusan bahawa suatu kes melampaui keraguan yang munasabah atau beyond reasonable doubt terhadap pertuduhan utama gagal dibuktikan oleh pihak pembelaan.
“Setelah mahkamah mendengar rayuan pengurangan hukuman daripada peguam bela bagi orang kena saman (OKS) serta hujahan imbangan pemberat dari pihak pendakwaan, maka hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM45,000 bagi pertuduhan berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada 14 Jun lepas.
Tambah Norena, mengikut pertuduhan, GSC didakwa melakukan kesalahan tersebut di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, Bandar Hilir di sini.
Jelasnya lagi, tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan ia merupakan kesalahan kali pertama dan kesalahan dilakukan lebih kepada faktor teknikal serta kenaikan margin keuntungan dalam kadar yang sedikit.
Sumber: Utusan Malaysia
Pisang antara buah yang sering dibeli untuk dijadikan sarapan, bekal ke tempat kerja atau bahan…
Resepi fish ball homemade boleh dicuba jika anda mahu menyediakan bebola ikan sendiri di rumah…
Ayam masak oren diinspirasikan daripada orange chicken, hidangan popular di restoran Chinese-American di Amerika Syarikat.…
Resepi beef stew merupakan hidangan berkuah dengan daging yang empuk dan kuah pekat yang kaya…
Resipi sambal telur hancur antara pilihan lauk ringkas yang sesuai disediakan apabila buntu memikirkan menu…
Balik kerja dalam keadaan penat, mestilah nak masak sesuatu yang mudah dan cepat. Sebab itu,…