gerai tepi jalan

Banyak gerai tepi jalan yang menjual kuih-muih di Malaysia, tapi tak semua pelanggan yang berpuas hati setelah membelinya.

Baru-baru ini, seorang wanita telah meluahkan rasa kecewa selepas membeli kuih dan menemui sesuatu di dalam kuih tersebut.

Baca juga: Founder Famous Amos Meninggal Dunia, Ini Punca Kematiannya Di Usia 88 Tahun

BELI KUIH DARI GERAI TEPI JALAN, TAPI ADA TANAH

@nurfahtinafahtinz Gerai tepi jalan 😵‍💫 #fypシ゚viral #fyp ♬ original sound – Nour El Ihsan

Melalui perkongsian video oleh nurfahtinafahtinz di TikTok, wanita yang mesra dipanggil Nur Fahtina menjumpai inti berwarna coklat dalam kuih yang dibelinya dari sebuah gerai tepi jalan.

Nur Fahtina cuba mencubit sedikit inti dan terkejut apabila terdapat benda lain yang muncul seperti akar, menjadikan inti di dalam kuih itu seakan-akan tanah.

@nurfahtinafahtinz Replying to @🌀Anjak🌀 ♬ original sound – Nour El Ihsan

Menurut perkongsian satu lagi videonya, Nur Fahtina cuba mengoyakkan kuih yang sama dibelinya, namun tiada sebarang inti ditemukan kerana difahamkan ia adalah cucur.

SESETENGAH BERPENDAPAT MUNGKIN SERUNDING ATAU GULA MERAH

Berikut merupakan antara komen netizen tentangnya:

gerai tepi jalan

Ada komen berpendapat inti itu merupakan serunding atau gula merah, namun Nur Fahtina memaklumkan ia tiada rasa manis dan kuihnya tiada rasa sama sekali apabila dimakan.

gerai tepi jalan

Ada juga yang berpendapat bahawa peniaga telah terkena sihir buatan orang. Lebih-lebih lagi, kuih itu hanyalah cucur dan semua orang tahu bahawa cucur tiada inti di dalamnya.

gerai tepi jalan

INI RESPON PENIAGA SELEPAS DITANYA SEMULA

Menurut Nur Fahtina lagi, beliau telah berjumpa dengan peniaga yang menjualnya dan menunjukkan video itu.

Peniaga gerai tepi jalan itu tidak menyangka adanya tanah di dalam kuih yang dijualnya kerana memang tiada tanah semasa buat adunan sehingga ia digoreng.

Diingatkan supaya berhati-hati semasa beli makanan di luar. Jika ada apa-apa masalah pada makanan, terus beritahu kepada peniaga yang menjualnya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: nurfahtinafahtinz

Baca juga: 4Fingers Sambut Ulang Tahun Ke-10, Lebih 90% Restoran Disahkan Halal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN