PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-05 03:44:43

Memang tak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sangat suka dengan hidangan berunsurkan keju atau cheese, betul tak? Rasanya yang berlemak dan cair di mulut memang mampu membuka selera para penggermarnya.

Haaa, jadi pada kali ini kami ingin kongsikan satu resepi Burnt Cheesecake yang sangat mudah khas untuk korang yang 'hantu' cheese tu. Jangan risau, untuk yang tiada pengalaman buat cheesecake pun boleh jadi tau! Cuma ikut je resepi mudah yang dikongsikan oleh Puan Siti Zalikha di laman Facebooknya.

Kredit: Puan Siti Zalikha

 

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 150gram gula halus
  • 15gram tepung gandum (ayakkan dulu)
  • 500gram cream cheese
  • 250gram whipping cream

Kredit: Puan Siti Zalikha

 

Cara-cara: –

1. Panaskan dahulu oven dalam suhu 200°c selama 10 minit.

2. Pukul cream cheese bersama gula halus sehingga kembang.

3. Masukkan telur satu demi satu. campurkan sehingga sebati.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Campurkan sebati.

6. Masukkan whipping cream dan kacau dengan spatula.

7. Dah rata. Masukkan dalam loyang.

8. Bakar dalam suhu 200°c selama 1 jam. Dah sejuk baru potong.

Kredit: Puan Siti Zalikha

 

Selamat Mencuba

Kredit: Puan Siti Zalikha

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN