garlic green bean

Jom cuba masak Garlic Green Beans atau Kacang Buncis tumis bawang putih. Memang viral sekarang ini resipi di TikTok. Hanya guna satu bahan sahaja.

Bila menumis bawang putih tu, menusuk betul aroma yang dikeluarkan sampai berkeroncong perut dibuatnya. Hanya 10 minit sahaja masa untuk memasak green beans atau kacang buncis ini. 

Baca juga:  7 Jenis Sayur Paling Banyak Khasiat, Baru ‘Balance’ Diet Harian!

Hidangan ini sesuai untuk korang yang mahukan hidangan sayur yang ringkas, sihat dan jimat masa. Nak buat ratah macam itu pun tiada masalah. Memang sedap macam tumis sayur asparagus. 

Menerusi perkongsian dari @dinsimlim di laman TikTok, resipinya itu telah meraih tontonan sehingga 2.2 juta! Pergh! Ringkas cara memasak dan padu untuk dicuba tau! Jom kita lihat cara-caranya.


RESIPI GARLIC GREEN BEANS

garlic green beans

Bahan-bahan:

  • Green Beans @ Kacang Buncis – di trim
  • Bawang Putih – dicincang
  • Garam secukupnya
  • Minyak Masak

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, cincangkan bawang putih. Kuantiti bawang putih ikut selera masing-masing. 

2. Kemudian, trim ke semua green beans @ kacang buncis dan potong kepada dua untuk mudah kita makan nanti. Basuh bersih.

3. Panaskan kuali dengan api yang kuat. Selepas 3 minit, masukkan minyak masak.

4. Apabila minyak sudah panas, sederhanakan api dan masukkan kacang buncis yang sudah di trim dan goreng kira-kira 5 minit sehingga layu. Angkat, tos, dan ketepikan.

5. Selepas itu, menggunakan minyak yang sama, tumiskan pula bawang putih yang sudah dicincang tadi. Biarkan ia ditumis sehingga naik bau. Jangan terlalu lama nanti cepat bawang putih cepat hangus. 

6. Kemudian masukkan kembali kacang buncis yang sudah layu dan gaul biar sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.

7. Garlic green beans siap untuk dihidang!


Mudah dan ringkas je kan. Hidangan sampingan ini sangat sesuai makan bersama nasi, stik ataupun salmon. Selamat mencuba!

Video Penuh: 

@dimsimlim

Garlic Green Beans Chinese Restaurant Style Cleaver from @eBay Australia, making cooking easy! ad #eBayAU #eBayAUPartner #WinWitheBay #YumYum #easyrecipes #GarlicGreenBeans

♬ original sound – dimsimlim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN