fungsi tepung jagung

Tepung jagung sering digunakan sebagai bahan dalam masakan, tapi sebenarnya ada banyak lagi fungsi tepung jagung lain yang tak ramai tahu.

Kali ini kami kongsikan fungsi tepung jagung yang pastinya sangat berguna untuk anda di rumah. Jom kita lihat!

Baca juga: Cara Simpan Daun Pandan Supaya Kekal Segar, Berbulan Pun Boleh Tahan

10 FUNGSI TEPUNG JAGUNG YANG SERBAGUNA DI RUMAH

fungsi tepung jagung

1.  Menghilangkan bau kasut yang kurang menyenangkan.

Bau kasut yang kurang menyenangkan boleh buat kita rasa tak selesa. Oleh itu, taburkan tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau busuk yang ada.

2. Meleraikan simpulan tali yang susah dibuka.

Taburkan tepung jagung pada bahagian simpulan, kemudian gosokkan dengan jari dan hasilnya anda akan berjaya membuka simpulan tali yang rumit.

3. Mengilatkan perkakas dapur.

fungsi tepung jagung

Jika perkakas dapur seperti periuk, kuali, sudu, garfu dan lain-lain nampak malap dan tak bersinar, anda boleh taburkan tepung jagung padanya dan lap sehingga berkilat.

4. Membersihkan habuk pada tingkap.

Campurkan sesudu tepung jagung dengan air dan cuka, kemudian goncang sehingga sebati. Selepas itu, semburkan pada tingkap untuk bersihkan habuk yang ada.

5. Menghilangkan bau busuk tong sampah.

Sebelum letak plastik sampah, taburkan beberapa sudu tepung jagung di bahagian dasar tong sampah supaya ia tak berbau walaupun terisi penuh.

6. Menghilangkan kesan berminyak.

Minyak pada lantai boleh dibersihkan dengan menabur tepung jagung dan biarkan selama 15 hingga 20 minit untuk menyerap kesan berminyak tersebut.

7. Menyingkirkan contengan pada dinding.

Contengan dinding boleh disingkirkan dengan menggunakan tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding. Selepas itu, biarkan kering dan lap saja.

8. Menggilap perabot kayu.

Buat anda yang mempunyai perabot kayu di rumah, boleh kilatkan dengan menambah sedikit tepung jagung dan bahan cecair penggilap anda.

9. Menghilangkan kesan kotoran pada fabrik.

Kotoran pada fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan campuran tepung jagung dan air, biarkan kering dan tanggalkan lapisannya.

10. Membersihkan sisa air kencing pada permukaan.

Jika anda menghadapi masalah sisa air kencing daripada bayi atau haiwan peliharaan, boleh dibersihkan dengan sebatian tepung jagung dan air, biarkan kering dan sental saja.

Itulah antara fungsi tepung jagung yang pelbagai guna di rumah dan jangan lupa untuk gunakannya dengan sebaik mungkin.

Semoga bermanfaat!

Sumber: MysumberTV, Petua Ibu

Baca juga: Cara Cuci Periuk Nasi Yang Betul, Boleh Elak Nasi Cepat Basi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN