fish & chips

Jika anda sedang mencari resipi untuk menyediakan hidangan fish & chips yang rangup dan kentang goreng, ini resipi yang sesuai untuk dicuba!

Untuk elakkan muak, fish & chips ini seharusnya dipadankan dengan sos tartar yang mempunyai rasa masam manis. Barulah boleh makan bagaikan juara!

Jom lihat resipi lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Kari Ikan Merah, Rupanya Ada Rahsia Kuah Wangi & Berlinang Elok

RESIPI FISH & CHIPS

Bahan-bahan ikan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • Serbuk paprika (agak-agak mengikut selera)
  • Baking soda (agak-agak, saya letak 1 sudu besar)
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar serbuk bawang putih (garlic powder)

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar.

2. Salutkan ikan yang telah dibersihkan dengan campuran tepung ini.

3. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan keemasan. Angkat dan toskan.

Tartar Sos 

Bahan-bahan:

  • Mayonis Kewpie (ikut anggaran sendiri)
  • Sour cream (ikut anggaran sendiri)
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • Jus lemon (ikut selera)
  • Mustard madu Kewpie (ikut selera)

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.

2. Sesuaikan rasa dengan menambah jus lemon atau mustard mengikut selera anda.

3. Simpan dalam peti sejuk seketika sebelum dihidangkan bersama ikan dan kentang goreng.

Kentang Goreng Gebus 

Bahan-bahan:

  • 5 biji kentang (direbus hingga lembut)
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh perasa cendawan (mushroom seasoning)

Cara-cara:

1. Setelah kentang direbus dan dilembutkan, tumbuk kentang hingga hancur.

2. Campurkan tepung jagung, garam, dan perasa cendawan ke dalam kentang yang telah dihancurkan. Gaul hingga sebati.

3. Uli sedikit adunan hingga menjadi doh yang lembut.

4. Letakkan doh dalam plastik, gelek hingga leper, kemudian potong ikut saiz yang diingini.

5. Goreng dalam minyak panas hingga keemasan. Angkat dan toskan.

Sumber: Anna Lee

Baca lagi:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN