Macam tahun-tahun sebelum ni, “Malaysia Thailand Halal Food Festival” (MATHAF) mesti akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor. Jadi pencinta makanan thai di luar sana dapat lah merasai makanan thai dengan suasana ala-ala dekat Hatyai di festival ini.
Tapi, apa yang specialnya festival makanan thai tahun 2022 ini adalah kerana, di Malaysia sudah 2 tahun festival ini tidak dibuka kerana ketika itu kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kan. Jadi ramai yang exicted menunggu MATHAF 2022 pada tahun ini.
Festival Makanan Thai Kembali Lagi! Rugi Kalau Anda Tak Singgah:
Sebuah akaun di Twitter @MalaysianFoods ada berkongsikan pelbagai jenis makanan yang dijual di MATHAF 2022 yang terletak di Star Avenue Lifestyle Mall, Bandar Pinggiran Subang.
” FESTIVAL MAKANAN THAILAND. Yang rindu makanan thailand, boleh singgah ke sini ada Malaysia Thailand Halal Food Festival. ”
Ada pelbagai jenis makanan-makanan thai dekat sini, kerabu maggi dia superb Rindu vibes ala2 dekat hatyai, boleh ke sini. ”
Bagi penggemar kerabu maggi, anda jangan lepaskan peluang untuk mencuba kerabu maggi yang dijual di sini kerana ramai yang mengatakan kerabu maggi di sini sangatlah sedap.
” Yg paling penting kerabu maggi dia memang padu punya ”
Selain daripada itu, di MATHAF 2022 juga ada menjuak pelbagai jenis makanan dan minuma seperti yang popular di sini Tomyam, makanan seafood, air mango, buah-buahan, sotong kurita dan banyak lagi. Dijamin anda pasti akan rambang mata!
Haa best kan festival makanan thai ni? Anda tunggu apa lagi? Jom la serbu ke sini sementara mereka masih beroperasi.
Alamat: Star Avenue Lifestyle Mall, Bandar Pinggiran Subang
Waktu Beroperasi: 11 pagi hingga 12 tgh malam
Tarikh Beroperasi: 13 Mei hingga 22 Mei 2022
Sumber: @MalaysianFoods