Episod ketiga Dapur Tempur Selebriti yang lalu, para peserta diuji dengan cabaran bertemakan ayam dan daging. Cef Naem ada berkongsi bahawa beliau menyukai jika ada peserta memasak daging kerana ia merupakan antara protein yang sukar untuk dimasak dalam masa yang singkat. Lebih-lebih lagi tempoh yang diberikan adalah 30 minit.
Dalam cabaran pertama, pasangan Didie Alias & Diyana mendapat kelebihan kerana Diyana mempunyai kepakaran sebagai cef. Berbeza dengan pasangan Wani Kayrie & Mama Kay, mereka tidak biasa memasak dalam keadaan kelam-kabut dan juga masakan barat.
Mama Kay mempersembahan masakan mereka yang diberi nama “Ayam Berkrim Kuah Tertumpah”, tetapi menerima kritikan juri kerana bagi hidangan barat sepatutnya perlu ada protein, sayur dan karbohidrat. Namun, mereka hanya menghidangkan protein dan sayur sahaja.
Baca juga: Episod 3 Lebih ‘Havoc’, Peserta Dicabar Memasak Tanpa Bahan Utama
Manakala pasangan Didie Alias dan anaknya, menyediakan menu “Stroganoff Daging”, yang memiliki bau yang unik menurut Cef Naem. Namun, mendapat komen kurang seasoning dalam hidangan dan terlebih mustard. Juri bagaimanapun memuji menu mereka yang berbeza dan kreatif.
Cabaran kedua iaitu “Bayangan Gurauan” memerlukan peserta meneka jenis-jenis daun herba dalam keadaan mata ditutup. Namun, kumpulan Wani Kayrie dan ibunya hanya dapat meneka 1 daripada 3 jenis daun herba sahaja. Maka, bahan asas seperti minyak, garam dan gula telah diambil daripada senarai bahan masakan mereka. Walaupun tiada bahan-bahan asas tersebut, kumpulan mereka tetap berjaya menyediakan hidangan lantas mendapat pujian juri.
Episod ini berakhir dengan kemenangan pasangan Didie Alias dan Diyana dari kumpulan Double D yang dinobatkan sebagai juara untuk Episod 3 Dapur Tempur Selebriti. Kejayaan ini membolehkan mereka pulang wang tunai sebanyak RM1,000 dan barangan tajaan Prego selama setahun.
Manakala, Kumpulan The Sumandak, Wani Kayrie dan Mama Kay, tetap mendapat hadiah saguhati berupa barangan tajaan Prego selama 3 bulan.
Huru-Hara Episod Akhir Dapur Tempur Selebriti?
Episod akhir Dapur Tempur Selebriti akan menyaksikan pertempuran hebat antara dua pasangan suami isteri iaitu Lan Solo & Sheila menentang Siti Sairah & Mohd Edane.
Ada pasangan yang mengalami kesukaran kerana tidak tahu cara yang betul untuk merebus pasta. Pasangan yang lain pula kelam kabut kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan di dapur sehingga menimbulkan kekeliruan dan hidangan menjadi rosak.
Cabaran dalam episod 4 berjudul “Yang Mana Satu?” memerlukan peserta untuk menukar dapur setiap kali loceng dibunyikan oleh juri atau hos. Oleh kerana itu peserta perlu menyediakan hidangan tanpa mengetahui hidangan mana yang akan dipersembahkan kepada juri. Situasi menjadi huru-hara sehingga peserta tidak sedar mereka sudah tertukar pasangan!
Adakah mereka dapat mengatasi cabaran kali ini? Siapakah yang akan membawa pulang gelaran juara mingguan? Jangan lepaskan peluang menyaksikan Episod Akhir Dapur Tempur Selebriti pada hari Sabtu, jam 8.30 malam hanya di TV9.
Penonton juga berpeluang memenangi wang tunai RM200 dengan menyertai Peraduan Tonton & Menang untuk kali terakhir melalui tontonan Dapur Tempur Selebriti. Ikuti juga laman sosial rasmi di Facebook, Instagram, dan X @TV9Malaysia, serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk mendapatkan maklumat terkini tentang program TV9.
Dapatkan juga perkembangan terkini di www.myresipi.com selaku Rakan Digital Rasmi.
Baca juga: Episod Kedua Lebih Mencabar, Kreativiti Duo Selebriti Pula Diuji