elak minyak merecik

Takut nak menggoreng sebab nak elak minyak merecik dekat badan? Mesti ramai orang takut nak goreng ayam atau ikan sebab tak nak kena minyak panas, betul tak? Selalu masak je mesti minyak akan mercik dekat tangan atau muka. 

Mak-mak yang dah biasa masak, buat tak kisah je. Tapi kalau terkena percikkan minyak, ya ampun sakitnya, walaupun sikit tapi pedihkan.

Baca juga: Bila Beli Kuali Baru, Kena Buat SATU Petua Ini Dulu. Baru Tak Melekat Bila Menggoreng!

Jadi untuk selesaikan masalah ini semua, MyResipi nak kongsikan enam petua dari Haji Halim untuk kurangkan minyak merecik semasa menggoreng yang anda semua boleh cuba. Senang je.


6 PETUA ELAK MINYAK MERECIK KETIKA MENGGORENG 

elak minyak merecik

1. Pastikan Kuali Kering

Semasa nak menggoreng perhatikan kuali yang lepas dicuci perlu dikeringkan airnya. Caranya senang je, hidupkan api dapur dan biarkan kuali kering baru masukkan minyak. Jika masih ada air walau sedikit ia akan meletup-letup kecil kerana minyak tidak boleh bercampur dengan air.

2. Tentukan Keperluan Minyak Untuk Menggoreng

Minyak yang terlalu banyak atau sedikit boleh membuatkan minyak mercik. Oleh itu sesuaikan minyak untuk keperluan menggoreng. Paling bagus adalah menggunakan minyak 1/3 kuali, tetapi kalau hanya untuk menggoreng telur guna sedikit sahaja dan gunakan kuali yang non stick leper.

3. Periksa Bahan Perapan Dalam Makan Yang Digoreng

Pastikan bahan perapan yang digunakan pada makanan yang mahu digoreng tidak mengandungi air, Jika terpaksa atau memang berair, tapis dahulu hingga air perapan tos. Cara ini boleh mengurangkan percikan minyak.

4. Elak Guna Minyak Terlalu Panas

Kerana nak cepat masak bahan yang digoreng, korang panaskan minyak hingga tahap terlalu panas, tindakan ini mengundang percikkan minyak yang kuat dan suhu yang terlalu tinggi juga mengurangkan kualiti minyak. Malah ia boleh membentuk radikal bebas. Ia tidak elok untuk kesihatan manusia.

5. Taburkan Sedikit Garam Dalam Minyak

Petua ini dikatakan mampu mengurangkan percikan minyak semasa menggoreng, caranya semasa minyak mulai panas, taburkan satu sudu teh serbuk garam di dalamnya. Bila anda gunakan cara ini, pastikan kurangkan jumlah garam dalam makanan yang digoreng,

6. Guna Kuali Berpenutup

Akhir sekali, cara terbaik dan mudah, korang boleh guna kuali berpenutut untuk mengelakkan dari terkena percikan minyak semasa menggoreng. Tapi jangan sampai terlupa membalikkan makanan yang digoreng, bimbang ia masak atau hangus sebelah.

Boleh cuba tip ini untuk mengelakkan rasa takut bila menggoreng.

Baca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN