Categories: Resipi

Egg Muffins & Cheese, Snek Menarik Untuk Tambah Selera Anak

Risaunya jika setiap kali ajak anak makan, liatnya bukan main lagi. Apa kata mak-mak cuba tarik selera mereka dengan Egg Muffins & Cheese yang sangat enak ini?

Mak-mak pasti stres memikirkan anak yang tetap tak nak makan, walaupun dah masak pelbagai hidangan yang sedap.

Paling sedih bila sikit pun anak tak nak jamah. Mereka akan mula geleng kepala atau tutup mulutnya apabila anda cuba suap makanan.

Biasanya masalah ini terjadi kepada anak yang terlalu asyik seronok bermain. Mereka rasa bermain itu lebih bahagia daripada makan.

Kami cadangkan untuk mak-mak cuba resipi yang dikongsikan oleh Nor Seri Azlina Bustani di Facebook ini. Anak-anak mesti suka!

Baca juga: Mini Mantou Nugget Burger, Sarapan Comel Untuk Anak Ke Sekolah

RESIPI EGG MUFFINS & CHEESE

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • Potato Starch (tepung kentang, kalau tiada, boleh pakai tepung jagung)
  • Lada sulah
  • Garam
  • Perasa jika suka
  • 2 sudu besar mayonis
  • Susu cair sejat atau susu full cream
  • Daun sup
  • Kobis
  • Brocolli
  • Daun bawang
  • Jejari ketam
  • Udang putih kecil
  • Kepingan cheese

Cara-cara:

1. Pukul rata telur dan bancuh rata semua bahan.

2. Masukkan daun sup, kobis, brocolli dan daun bawang yang diracik halus.

3. Kemudian, masukkan potongan kecil jejari ketam bersama udang putih kecil.

4. Letakkan kepingan cheese di atasnya.

5. Boleh bakar dengan menggunakan mold muffin dalam 20 hingga 25 minit api atas bawah 180ºC. Siap!

Egg Muffins & Cheese ini memang nampak menyelerakan. Jika begini, bukan setakat anak-anak, mak-mak pun boleh tertarik dibuatnya.

Nak meningkatkan selera anak bukanlah mudah, tapi mak-mak boleh cuba hidangkan Egg Muffins & Cheese ini supaya anak-anak anda makan dengan lebih berselera.

Egg Muffins & Cheese ini sangat sesuai untuk mak-mak jadikan sebagai sarapan atau minum petang anak dengan makan begitu saja. Boleh hidangkannya bersama nasi juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Seri Azlina Bustani

Baca juga: Roti Mayonis Berkeju Tarik, Sedap Buat Minum Petang Untuk Anak

Aimi

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago