Selain bersenam, penjagaan makanan adalah paling utama kerana jika korang bersenam sekuat mana pun tetapi tidak menjaga makan, ia hanyalah sekadar usaha yang sia-sia.
Bila ingin menjaga pemakanan, perkara pertama yang korang perlu ambil kira adalah memilih bahan makanan atau barang dapur yang sesuai dengan misi penurunan berat badan itu.
Kalau setakat kawal makan tetapi makan sahaja jenis yang berminyak dan berkolesterol tinggi, maka lambatlah lagi korang nak lihat hasilnya nanti.
Baca juga: Elak Beli 6 Makanan Ini Ketika Berada di Lapangan Terbang
Untuk memastikan misi eat clean korang berjaya, jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh Adyla Rose tentang barangan dapur yang sesuai untuk korang beli.
Pertama sekali, kalau nak membeli barang dapur, rancang dahulu pelan makanan untuk satu minggu, kemudian senaraikan barang-barang yang akan dibeli.
Rancang menu yang pelbagai, supaya diet korang tidak membosankan dan seterusnya ke laut. Hiks!
Pilih real food. Pilih makanan yang tidak mengalami pengolahan seminima mungkin. Elakkan memilih makanan yang mempunyai lebih daripada lima bahan kandungan, mengandungi artificial ingredients dan bahan-bahan kandungan yang korang tak reti sebut.
Wajib baca nutrition facts dan bandingkan dengan produk lain.
• Semak serving size dan kalori
• Semak total fat, sodium dan gula
• Semak kandungan bahan
• Semak allergen warning
Berikut adalah produk yang korang boleh pilih sewaktu berbelanja barangan dapur di pasaraya.
Guna minyak zaitun untuk menggoreng. Nak lebih murah, boleh pakai minyak kelapa.
Pilih susu jenis fresh milk. Ataupun susu almond kerana paling rendah kalori: 100ml = 39cal.
Tukar kepada teh hijau.
Kalau suka instant kopi, boleh tukar kepada Essenso kerana berkalori rendah dan pastikan minum tanpa gula.
Kalau nak dressing salad, boleh pakai brand kewpie dan hadkan satu sudu saja.
Pilih jenis kekacang yang tidak masin. Lagi original lagi bagus.
Pilih rolled oat sebab membantu untuk stabilkan kandungan gula dalam darah dan buat korang lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.
Kalau bosan makan roti boleh beli wrap, pilih jenis wholegrain dan 6 grains.
Tapi dah terbiasa dengan roti putih, apa kata tukar kepada roti Canadian purple wheat yang GI lebih rendah (46), if susah nk cari boleh beli roti wholemeal, GI index 55.
Ini antara yang dikongsi dan selepas ini, korang boleh baca sendiri kandungan nutrisi pada label produk sebelum membeli okay?
Semoga usaha untuk turunkan berat badan kali ini berhasil ya. Hiks!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…