Kalau anda teringin nak makan donut susu pandan yang gebu gebas, wajib ikut resipi perkongsian oleh Cik Puan Zairina Yuszairi di bawah ini.
Donut ini yang sedap kerana susu tepung yang digunakan membuatkan rasanya lagi berlemak. Sesuai untuk minum pagi mahupun petang
Jom baca resipi lengkap ini!
Baca lagi: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap!
RESIPI DONUT SUSU PANDAN
Bahan-bahan untuk doh donut pandan:
- 700g tepung gandum
- 2 sudu gula
- 1 sudu yis kering
- 1 tsp bread improver
- 1 tsp baking powder
- 1 biji telur
- 200ml air pandan sejuk atau air coway + fresh milk, jumlahkan beratnya kepada 450g
- 2 titis pewarna hijau apple
- 1 tsp garam
- 2 sudu marjerin
Cara penyediaan:
1. Masukkan bahan-bahan kering ke dalam mixer dan tuang cecair sedikit demi sedikit. Uli selama 5 minit hingga menjadi doh.
2. Tambahkan garam dan marjerin, teruskan menguli selama 30 minit hingga doh elastik.
3. Sapukan minyak di sekitar mangkuk, letakkan doh, tutup dengan kain, dan rehatkan selama 1 jam hingga doh kembang.
4. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin, timbang 38-39g setiap bahagian, bulatkan, dan rehatkan lagi selama 1 jam.
5. Bentukkan doh dengan lubang di tengah, rehatkan 15 minit, kemudian goreng dengan api kecil sekali balikkan untuk mendapatkan white ring.
Sangkaya Pandan:
- 8 helai daun pandan (blender dengan 400 ml air, tapis)
- 2 kotak santan (200 ml)
- 3 sudu makan gula
- 2 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu teh garam
Masak hingga pekat, kemudian hidangkan donut dengan susu tepung dan cicah dengan sangkaya pandan.
Selamat mencuba!
Sumber: Zairina Yuszairi
Baca lagi: Resepi Kuih Ropa Berinti Sedap, Guna Sukatan Ini Pasti Rangupnya Menjadi!