Jom MyResipi kongsikan tips merebus daun ubi supaya cepat empuk. Bukan itu sahaja, warna daun juga kekal cantik dan tidak kusam. Daun ini memang sedap jika dibuat masak lemak, cicah sambal belacan atau buat urap. Semuanya pasti menyelerakan!
Kadang-kadang, merebus daun ubi boleh ambil masa yang lama, terutama jika daun yang dibeli agak keras. Rasa sayang kalau nak masak, tetapi hasilnya tidak memuaskan. Namun, jangan risau! Ada beberapa cara mudah untuk menjadikan daun anda cepat empuk dan enak.
Dengan menggunakan teknik yang betul, anda boleh menjimatkan masa dan memastikan daun empuk dan tetap segar. Mari kita lihat beberapa tips berguna untuk merebus dengan cara yang betul.
Baca juga: Daun Pandan vs Daun Suji, Nampak Sama Tapi Sebenarnya Berbeza!
CARA MEREBUS DAUN UBI SUPAYA CEPAT EMPUK
Cara-cara:
- Didihkan air dalam periuk.
- Masukkan daun ubi ke dalam air mendidih.
- Tambahkan sedikit ‘soda bikarbonat’ dalam hujung sudu sahaja. Ikut banyak mana daun yang anda rebus.
- Dalam sekejap, daun akan jadi empuk dan warna hijau tetap cantik.
- Setelah empuk, tos daun tersebut. Nak basuh atau tidak terpulang kepada anda.
- Jika nak basuh, boleh teruskan dengan masakan anda.
Sumber: Lia Yob Ibrahim
Baca juga: Cara Hilangkan Rasa Pahit Daun Betik, Kena Rendam Dengan Bahan Ini