dalca ayam

Ada penggemar masakan India iaitu Dalca Ayam Dan Sayuran? Mari kita cuba resipi yang mudah dan sedap ini. 

Ia juga dihidang dengan campuran sayuran seperti terung, tomato dan juga kacang panjang. Dalca memang sangat sesuai dihidang bersama nasi bukhari, nasi beriani ataupun nasi minyak.

Baca juga: Nasi Bukhari Dan Kuah Dalca Cara Mudah, Sesuai Untuk Jamu Orang Datang Beraya

Biasanya, bila pergi kenduri kendara, mesti lauk ini ada dihidangkan bersama 3 jenis nasi yang disebut tadi. Kalau di India, dalca biasanya akan digabung dengan nasi yang dipanggil sebagai Bagara Khana.

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Hana A Razak yang mudah dan sedap ini. Kalau tak nak makan dengan nasi pun tak apa, boleh cicah dengan roti kosong atau roti telur macam kat kedai mamak tu. Fuhh padu!


RESIPI DALCA AYAM DAN SAYURAN

dalca ayam

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2-3 biji bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 peket serbuk kari ayam daging
  • Asam keping
  • Ayam
  • Kacang panjang
  • Terung
  • Carrot
  • Garam
  • Santan

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan halia yang dihiris. Masukkan sekali bunga lawang dan juga kulit kayu manis.

2. Masukkan rempah kari. Bancuh siap dengan sedikit air dulu, buat macam pes. Terus masukkan air semangkuk guna mangkuk yang sama buat pes tadi.

3. Tutupkan periuk, biarkan pes tu betul-betul masak sampai naik minyak. Kacau selalu supaya tak hangit dekat bahagian bawah.

4. Masukkan ayam. Nak bagi rasa lagi sedap masukkan juga sedikit ayam bahagian tulang. Biarkan air ayam keluar sekejap.

5. Bila air ayam dah keluar, masukkan air dan santan. Boleh agaklah santan tu nak pekat atau cair.

6. Kemudian, masukkan pula asam keping dalam 2 keping macam tu. Basuh dulu tau asam keping tu. Dah mendidih boleh masukkan sayuran. Masukkan terung dulu. Nak potong macam mana pun terung tu tak kisah.

7. Seterusnya, masukkan carrot. Bila terung dan carrot dah hampir lembut, masukkan sayur kacang panjang.

8. Perasakan dengan garam secukupnya. Bila dah nampak sayur kacang berubah warna, dah boleh tutup api. Siap!


Selamat mencuba resipi Dalca Ayam dan Sayuran ini.

Baca juga: Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN