daging masam manis

Jika sudah bosan asyik masak kari daging, daging masak kicap atau daging goreng, bolehlah cuba resipi daging masam manis ini pula.

Menu ini kelihatan cukup lazat dan menyelerakan. Bukan itu saja, bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya juga cukup ringkas.

Bagi penggemar daging, anda wajib mencuba resipi ini untuk makan tengah hari atau makan malam. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tip Buat Daging Goreng Kunyit Jadi Basah-Basah, Barulah Lagi Sedap!

RESIPI DAGING MASAM MANIS

Bahan-bahan:

  • 300gm daging potong kecil & rebus hingga empuk

Bahan-bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1inci halia
  • 1 batang serai
  • 4 sudu makan cili kering (rebus & kisar)

Bahan lain:

  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
  • 1 biji kentang (potong dadu besar- 8 bahagian)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar gula
  • Garam
  • Serbuk perasa (ajinamoto)
  • Minyak

Cara memasak:

1. Tumis 4 sekawan hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga garing.

2. Masukkan gula, garam, perasa, sos cili, sos tomato dan sos tiram.

3. Masukkan daging, sedikit air rebusan daging dan kentang (untuk pekatkan kuah).

4. Masak sehingga kentang empuk dan kuah agak pekat. Siap!

Kredit resipi dan gambar: Erma Azizie

Baca juga: Resipi Daging Crispy Black Pepper, Sama Sedap Macam Di Restoran Cina

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN