Mari cuba buat Daging Goreng Ketumbar guna resipi yang ringkas dan mudah ini. Tengok gambarnya saja, memang tak boleh bawa bincang terliurnya itu.
Bagi anda yang tiada idea untuk menu bersahur. Boleh cuba hidangan ini. Makan dengan nasi panas-panas, memang naik selera dibuatnya!
Baca juga: Panduan Simpan Daging Mengikut Jenis Supaya Tahan Lama
Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Puan Hayati Abdullah menerusi laman TikToknya. Perkongsian beliau telah menarik perhatian netizen untuk mencubanya. Hanya tinggal perap dan goreng saja. Jom tengok cara penyediaan di bawah.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Gaulkan daging yang telah direbus dengan biji ketumbar yang telah dikisar/tumbuk kasar. Pastikan biji ketumbar merata melekat pada daging.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, dan cili kering hingga harum.
3. Masukkan daging yang telah digaul dengan biji ketumbar tadi ke dalam kuali dan goreng sehingga agak kering.
4. Tambahkan sos tiram, kicap manis, garam, dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan tercampur rata.
5. Terakhir, masukkan bawang holland dan cili api yang telah dihiris. Kacau sebentar dan angkat dari api.
Video penuh:
@kak_t68 Daging Goreng Ketumbar Bahan2: 🥩Biji ketumbar yang disangai dan dikisar/ditumbuk kasar 🥩Daging yang diperap dengan garam kunyit dan direbus hingga empuk 🥩Bawang merah kisar 🥩Bawang putih kisar 🥩Halia kisar 🥩Cili Kering 🥩Sos tiram 🥩Kicap manis 🥩Garam gula secukup rasa 🥩Bawang holland 🥩Cili api Cara2 boleh refer di video🎥 #daginggorengketumbar #daginggorengkunyit #fyp #menuviraltiktok #menuviral #foryourpage #masakansimpleシ
Daging Goreng Ketumbar siap dihidangkan panas-panas bersama nasi atau hidangan lain mengikut selera.
Selamat mencuba!
Sumber: TikTok Hayati Abdullah
Baca juga: Daging Masak Hitam Ala-Ala Kenduri, Banyak Kali Panas Lagi Sedap!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…