Jom cuba lauk Daging Goreng Cili Api yang ringkas dan sedap ‘bak hang’! Secara harfiahnya, nama hidangan ini merujuk kepada kepingan daging yang digoreng bersama cili api.
Lauk ini biasanya dibuat daripada kepingan daging lembu, ayam atau kambing yang digoreng kering dan diperisakan dengan cili api atau cili merah.
Baca juga: Tip Masak Daging Goreng Kunyit TAK LIAT, Baru Nikmat Nak Meratah!
Memang ia popular di kalangan penggemar makanan pedas kerana tahap kepedasan boleh menjadi sangat kuat, orang yang tidak biasa dengan makanan pedas mungkin perlu berhati-hati apabila merasai hidangan ini.
Ikuti resipi ringkas dari perkongsian Cik Puan Amyra Abas ini.
RESIPI DAGING GORENG CILI API
Resipi mama saya tak pernah mengecewakan.
Bahan-bahan:
- 1/2 kilo daging potong nipis
- 3 labu bawang besar – tumbuk/kisar
- 5 ulas bawang putih – tumbuk/kisar
- 1 inci halia – tumbuk/kisar
- 7-21 cili api – ikut tahap kepedasan masing-masing
- Kunyit hidup panjang jari kelingking – tumbuk/kisar
- Satu labu bawang besar- hiris bulat
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan sampai garing. Masukkan daging yang dah di hiris halus.
2. Masukkan air sampai tenggelam daging. Tambah lagi air sampai daging empuk. (3x tambah air memang empuk dah daging)
3. Bila daging dah empuk dan terbit minyak, boleh masukkan bahan tumbuk/kisar pula.
4. Perasakan dgn garam, gula, sedikit kicap. Masukkan bawang hiris bulat.
5. Gaul sebati semua dan boleh tutup api. Siap.
Selamat mencuba resipi Daging Goreng Cili Api ini
Baca juga: Cairkan Daging Beku Cara BETUL, Elak Risiko Keracunan Makanan