Lauk Daging Dendeng ialah masakan tradisional yang diperbuat daripada daging lembu, kemudian ditumbuk dengan lesung batu, dijemur atau digoreng hingga kering tanpa menggunakan santan.
Nama “dendeng” sendiri merujuk kepada proses mengeringkan atau menggoreng daging sehingga menjadi kering dan rangup. Hidangan ini mempunyai rasa yang tersendiri, iaitu masam, manis, pedas, dan selalunya sedikit masin.
Baca juga: Tip Masak Daging Goreng Kunyit TAK LIAT, Baru Nikmat Nak Meratah!
Ikuti resipi mak mertua dari Cik Puan Amelia Tamby Hussin ini. Rasa yang luar biasa, pasti makan juga menyelerakan, penggemar daging mesti cuba.
RESIPI DAGING DENDENG CARA IBU MERTUA
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Daging batang pinang (tenderloin) 1 kg
- Bawang merah 3 biji (kisar)
- Bawang putih 5 ulas (kisar)
- Cili kering yang di blender dan di kisar (2 senduk kecil)
- Sos tomato
- Bawang goreng
- Kicap cap kipas udang manis
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis dan menggoreng
Cara-cara memasak:
1. Mula mula sekali basuh daging dan toskan airnya.
2. Ambil periuk dan masukkan daging . Letakkan kicap paras daging itu . Rebus selama 10 minit. Sejukkan.
3. Ambil daging itu dan tumbuk nipis nipis pakai batu lesung. Ketepikan.
4. Kemudian ambil kuali masukkan minyak. Goreng kan sekejap sahaja dan angkat. Ketepikan.
5. Guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih tadi. Goreng sampai wangi, masukkan cili kering pula goreng lagi.
6. Kemudian gaulkan daging tadi biar mesra. Masukkan sos tomato , boleh tambah kicap, kicap rebus air daging tadi masukan juga dan akhir sekali masukkan bawang goreng.
7. Garam secukup rasa. Siap dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi Daging Dendeng cara mak mertua Amelia Tamby Hussin ini.
Baca juga: Daging Masak Kicap Pedas Cara SIMPLE, Memang Sedap Makan Bersama Keluarga