daging burger homemade

Jom kita cuba buat sendiri daging burger homemade di rumah menggunakan bahan-bahan segar dan diproses sendiri tanpa bahan tambahan atau pengawet tambahan.

Daging burger homemade jauh lagi sihat dari daging burger yang disejuk beku. Hal itu kerana ia mengandungi kandungan lemak dan garam yang tinggi.

Jika diambil dengan kerap, ia boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan. Jadi, lebih baik jika kita buat sendiri daging burger di rumah. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah!

Baca juga: Nugget Ayam Ala KFC, Resipi Homemade Lebih SIHAT Untuk Anak-anak

CARA BUAT DAGING BURGER HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan salted butter
  • 1 biji bawang holland saiz kecil (Kalau saiz besar, guna separuh)
  • 1 sudu teh serbuk blackpepper
  • 1 sudu teh mixed herbs
  • 500g daging lembu atau ayam yang dpotong kecil

Cara-cara:

1. Kisar telur sampai berbuih.

2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.

3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi hingga halus.

daging burger homemade

4. Keluarkan bahan kisar dari blender dan masukkan dalam acuan untuk bentuk kepingan daging burger. (lapik acuan dengan plastik yang dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dalam peti sejuk beku.)

5. Untuk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, boleh terus masukkan daging yang dah dibentuk tadi ke dalam freezer dalam 1 jam. Bila dah keras sikit, boleh ambil dan simpan dalam bekas bersesuaian.

6. Cara kedua, kukus daging burger sebentar anggaran 1 minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian boleh terus bungkus untuk sejukbekukan.

daging burger homemade

Kredit resipi dan gambar: Sue Faizah

Baca juga: Cara Buat Sos Thai Homemade, Cicah Dengan Apa Pun Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN