cucur nasi orang cina

Jika anak-anak sukar makan nasi atau enggan makan sayur, cubalah memberi bagi Cucur Nasi Orang Cina ini. Anak-anak mesti tak perasan cucur ini ada nasi dan sayur di dalamnya.

Resipi cucur nasi ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, iaitu Cik Puan Norzaiha Razali. Anda boleh menggantikannya dengan apa jua jenis sayur yang anda suka.

Baca juga: Cucur Udang Guna 3 Bahan Saja, Resipi Semudah ABC!

Makan cucur nasi ini bersama sos juga amat sedap. Satu keping memang tak cukup!

RESIPI CUCUR NASI ORANG CINA

Hari ini kita mencuba resepi orang Cina pula. Mudah, tak perlu masak lauk. Makan nasi begini saja sudah cukup lengkap. Ada telur dan sayur. Kenyang pun memuaskan.

Rasanya juga sedap. Saya tidak tahu nama makanan ini. Saya nak sebut cucur nasi, boleh? Kalau ada anak yang tidak suka makan nasi, boleh cuba resipi ini. Anak pun tidak sedar dia makan nasi.

cucur nasi orang cina 

Bahan-bahan:

Cara membuat:

1. Cuci nasi dan masak seperti biasa. Setelah dimasak, biarkan sejuk sebentar.

2. Dalam sebuah mangkuk, patah-patahkan atau hancurkan nasi dengan garpu.

3. Tambahkan telur ke dalam mangkuk bersama nasi yang sudah hancur. Kacau rata.

4. Campurkan tepung gandum dan garam ke dalam adunan nasi dan telur. Pastikan adunan menjadi kental dan sebati.

5. Masukkan carrot, daun Lucia, dan daun bawang yang telah dicincang halus ke dalam adunan. Gaul rata.

cucur nasi orang cina

6. Panaskan minyak dalam kuali. Apabila minyak sudah cukup panas, ambil sejumlah adunan dengan senduk dan masukkan ke dalam minyak panas.

7. Goreng sehingga cucur berwarna keemasan. Angkat cucur nasi dan letakkan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.

8. Ulang semula sehingga semua adunan habis digoreng.

9. Sedia untuk dinikmati! Hidangkan cucur nasi bersama sos pilihan anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Norzaiha Razali

Baca juga: Cucur Tempe Resipi Chef Dave, Tak Sangka Sedap Rupanya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN