Lama tak buat cucur manis petang-petang ini. Comel je bila lepas angkat dari minyak sebab bulat-bulat elok gitu.
Viral tau resipi cucur ini. Sebab ramai kanak-kanak suka makan. Mesti berebut-rebut nak ngap dalam mulut.
Bukan itu saja, nak frozenkan pun tak ada masalah. Bila-bila nak makan, tinggal keluarkan je dari peti sejuk dan goreng!
Baca juga: Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos. Guna Bahan Mudah Je!
Oh ya, ada satu bahan rahsia yang mengekalkan cucur manis jadi bulat elok.
Yang bestnya, tak perlu basahkan tangan dengan air atau minyak sebab adunan juga tak melekat pada tangan.
Jom ikut perkongsian resipi viral dari Reha Rahma yang mendapat 4.6k tanda suka, 471 komen serta 5.2k perkongsian di Facebook.
Untuk buat cucur manis itu rangup di luar dan manis di dalam, tambahkan sedikit serbuk soda. Jom tengok bahan-bahan di bawah untuk sukatan adunan.
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
1. Gaul sebati ke semua bahan di atas.
2. Tunggu adunan menjadi suam dan boleh bulat-bulatkan ia. Saya guna tangan, jadi basahkan sedikit tangan guna air supaya adunan tak melekat.
3. Buka api sederhana. Jika tidak, cucur akan jadi hancur.
4. Apabila minyak sudah panas, goreng hingga garing.
5. Siap untuk dihidang.
Ringkas, mudah dan sedap! Waktu petang makan panas-panas memang syok sangat.
Sambil-sambil hirup kopi atau teh baru layan. Semoga bermanfaat!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…