Categories: Resipi

Rahsia Cucur Ikan Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan, Bentuk Pun Tak Leper!

Seorang pengguna Facebook bernama Puan Rosni Musa ada berkongsikan satu resepi cucur ikan bilis yang rangup di luar dan lembut di dalam. Menurutnya, resipi ini merupakan ajaran mak mentua yang mempunyai rahsia tersendiri untuk membuat cucur yang sedap.

Untuk menghasilkan cucur yang rangup dan lembut, bancuhan pertama perlu menggunakan air panas menggelegak. Kemudian, baru menggunakan air sejuk biasa. Adunan pula jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras. Barulah tidak leper apabila digoreng.

Oleh itu, jom kita belajar cara yang lengkap untuk membuatnya di bawah.

Baca juga: Resipi Cucur Udang Mudah, Rupanya Ini Rahsia Supaya Cucur ‘Berongga’

RESEPI CUCUR IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air panas menggelegak
  • 1/4 cawan air biasa
  • Sebiji bawang besar didadu
  • Sebiji cili merah dihiris halus
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh maggie cukup rasa
  • Segenggam ikan bilis yang telah dicuci

Cara-cara:

1. Masukkan tepung gandum, bawang besar, cili besar dan ikan bilis ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan pula air panas dan terus kacau dengan laju.

3. Kacau sehingga adunan menjadi seperti dalam gambar di bawah.

4. Tambahkan lagi sedikit air sejuk dan adunan sehingga sekata. Pastikan adunan tak terlalu lembik dan tak terlalu keras.

5. Panaskan minyak dengan menggunakan api sederhana. Jemputkan adunan ke dalam minyak menggunakan sudu atau jari. Kalau guna sudu, tolak adunan dengan jari.

6. Goreng seketika. Bila dah sedikit mengeras, sentiasa balik-balikkan cucur agar masak dengan sekata.

7. Bila dah nampak garing, boleh angkat dan toskan.

8. Sedia untuk dihidangkan dan boleh dicicah dengan sos kesukaan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Rosni Musa

Baca juga: Resipi Kuih Cucur Topi Guna 4 Bahan, Ikut Cara Ini Baru Menjadi Elok!

Nasiha

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

16 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

16 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

16 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

16 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

17 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

18 hours ago