PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-02 03:54:24

Kebiasaannya apabila kita makan di restoran Western, pastinya menu Chicken Chop atau Chicken Grill menjadi salah satu hidangan kegemaran ramaiorang. Ada juga yang mencuba sendiri di rumah namun rasanya mungkin tidak akan sama seperti apa yang kita makan di restoran. Jangan risau, ikami kongsikan resipi Chicken Grill yang rasanya seakan sama seperti di restoran. Apa yang menariknya resipi dari Cik Merpati Putih  ini hanya menggunakan Air Fryer sahaja! Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Cik Merpati Putih menerusi laman Facebook.


Kredit: Cik Merpati Putih

 

Bahan – bahan:

  • Ayam
  • Sos lada hitam jenama Kimball (Dalam pack senang dan jimat)
  • Serbuk Rosemary Herbs
  • Serbuk Tyhme Herbs
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Gula (lebihkan sedikit)
  • Campur air panas / air suam sikit je

 

Cara-caranya:

  1. Basuhkan ayam yang sudah disediakan terlebih dahulu sebersih-bersihnya. Kemudian, biarkan ia kering seketika.


    Kredit: Q Costa Rica
     

  2. Setelah ayam sudah kering, masukkan sos lada hitam ke dalam sebuah bekas. Tambahkan sedikit air panas atau air suam sekiranya sos kelihatan terlalu pekat.


    Kredit: Rasa
     

  3. Kacaukan sehingga air yang ditambah tadi dengan sos tersebut sebati  dan masukkan garam, serbuk thyme herbs, rosemary serta serbuk lada hitam.
     
  4. Kemudian masukkan gula. Untuk ini, gula perlu diletak lebih supya dapat diserap ke dalam isi ayam semasa diperap.
     
  5. Kacaukan kesemua bahan tadi hingga sebati lalu masukkan ayam dan perap semalaman untuk mendapatkan hasil yang lebih enak.


    Kredit: Cik Merpati Putih
     

  6. Apabila sudah cukup masa memerap, bakar perapan ayam tadi ke dalam air fryer pada suhu 200°c selama 17 minit.


    Kredit: Cik Merpati Putih
     

Siap untuk dihidang! Mudah saja penyediaannya kan? Menu ini sangat sesuai dimakan bersama seisi keluarga mahupun bersama rakan-rakan. Selamat mencuba!


Kredit: Cik Merpati Putih

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN