Jom buat Coklat Bar Bubble Rice ala KitKat. Anak-anak ‘konfirm’ tak beli dapat jajan dekat kedai lepas ini. Sekali sekala melayan selera mereka pun okay juga. Resipi ini sangat mudah untuk korang buat.
Hanya menggunakan tiga bahan sahaja, dah dapat beli jiwa anak-anak ini. Kalau hari-hari beli coklat bar pun beratus ringgit juga tu. Jimat banyak kalau buat sendiri. Stok pun banyak dapat. Nak buat niaga pun tiada masalah.
Baca juga: Cara Buat Choco Jar Guna 3 Bahan Ini, Penggemar Coklat Wajib Try
Bukan itu sahaja tau, korang juga boleh pelbagai perisa atau bentuk coklat bar ikut citarasa masing-masing. Dapat juga buat aktiviti bersama anak-anak sementara tengah cuti sekolah ini.
Nak tambah kekacang, buah-buahan kering atau topping pun tiada masalah. Janji kena lah dengan coklat tu.
Resipi menarik ini telah dikongsikan sendiri oleh Nenie Suehoney melalui laman Facebook dan entrinya itu telah meraih sehingga 5.8k shares dan 4.1k likes! Wow!
Jom kita tengok cara-caranya.
Bahan-bahan:
Tips: Nak letak bahan optional lain seperti kismis, kekacang atau buah-buahan kering pun tiada masalah. Ikut selera masing-masing.
Cara-cara penyediaannya:
1. Bakar bubble rice dalam oven pada suhu 120°c selama 10 minit lebih kurang/sehingga rangup. Ketepikan.
2. Double boil coklat masakan sehingga cair sepenuhnya. Masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit coklat ke dalam bekas acuan atau mold.
4. Tabur bubble rice ke atasnya. Jangan tekan.
5. Tuang coklat yang dicairkan tadi ke atas bubble rice sehingga menutupi keseluruhan permukaan dan hentak-hentak sedikit mould untuk keluarkan udara yang terperangkap.
Ekstra tip: Pastikan coklat suam-suam kuku sebelum tuang ke atas bubble rice untuk elakkan lemau.
6. Boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika. Dah sejuk/beku…boleh keluarkan dari bekas acuan dan sedia untuk dimakan!
Selamat mencuba dan beli jiwa anak-anak!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…