Categories: Informasi

Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Selamba Sumbat Dalam Volkswagen Beetle!

Kalau dah nama hantu durian, pantang jika musim raja buah ini tiba. Mesti masing-masing dah pasang niat nak pergi borong durian buat makan-makan atau buat niaga sampingan, kan? Tapi, kisah durian yang tengah viral baru-baru ini memang betul-betul lain daripada yang lain dan luar biasa habis!

Bayangkan, kalau orang lain pergi beli durian berkilo-kilogram biasanya akan membawa lori atau trak pikap, tetapi seorang guru dari Pantai Timur ini hanya menggunakan sebuah kereta klasik yang sangat comel!

Baca juga: Musim Durian Dah Tiba! 10 Port Makan Durian Paling Popular Di KL & Selangor, Isi Tebal Harga Berbaloi

CIKGU BORONG 100KG DURIAN MUSANG KING, MUAT SUMBAT DALAM VOLKSWAGEN BEETLE

Kisah yang mencuri tumpuan ramai ini mula diceritakan sendiri oleh seorang pengusaha kedai durian yang memang dah cukup terkenal di Gua Musang, Kelantan iaitu Tieok Eng atau lebih mesra dipanggil Aunty, menerusi satu perkongsian di akaun Facebook miliknya.

Menurut cerita Aunty, ada seorang pelanggan setianya yang dikenali sebagai Cikgu Saiful datang ke kedai untuk buat tempahan besar. Siapa sangka, cikgu ini datang bukan nak beli sebiji dua, tapi dia terus buat keputusan untuk borong durian jenis musang king seberat 100 kilogram sekali gus!

Mula-mula, Aunty menyangka Cikgu Saiful mahu borong durian dalam kuantiti yang banyak itu kerana mahu dibawa balik dan dijual di sekitar kawasan Kota Bharu seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.

Namun rupa-rupanya sangkaan Aunty meleset sama sekali! Beliau terkejut besar apabila guru tersebut memaklumkan bahawa kesemua stok durian yang diborong itu sebenarnya mahu dibawa jalan jauh merentas negeri terus ke Kuala Lumpur!

“Cikgu Saiful hari ini order lagi 100 kilo durian Musang King. Aunty ingat nak pergi jual dekat KB lagi, rupanya nak pergi jual dekat KL. Ini baru betul-betul orang rajin, mengajar lagi dan rebut peluang cari rezeki yang lebih masa musim durian ini,” tulis Aunty.

BELI DURIAN UNTUK DIJUAL DI KUALA LUMPUR

Apabila hantaran tersebut dimuat naik di media sosial, memang ramailah netizen yang singgah memberikan pujian melambung di ruangan komen. Rata-rata tabik dengan semangat rajin Cikgu Saiful yang pandai mencari peluang buat duit poket tepi waktu musim buah sedang rancak seperti sekarang.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang terhibur apabila melihat bagaimana rupa raga-raga durian seberat 100kg itu dipenuhkan ke dalam ruang kereta Volkswagen Beetle klasik milik guru tersebut.

Sumber: Facebook Tieok Eng

Baca juga: Resipi Kuih Lapis Durian, Bukan Saja Cantik Dipandang Tapi Setiap Lapisan Lembut & Wangi

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago