chicken chop

Chicken Chop sebenarnya bukan hidangan barat tapi berasal dari Malaysia? Asal-usul sesuatu hidangan sering menjadi topik perdebatan sengit di media sosial yang kadang-kadang boleh menimbulkan ketegangan.

Sama juga dengan asal-usul menu popular di kalangan rakyat tempatan iaitu menu chicken chop yang kononnya hidangan itu berasal dari Barat.

CHICKEN CHOP BERASAL DARI MALAYSIA

Seorang TikToker Mat Salleh yang dikenali sebagai Greg Larcombe telah membuat pendedahan menyatakan bahawa hidangan chicken chop sebenarnya bukan berasal dari Barat, tetapi dicipta di Malaysia.

Baca juga: “You Know Khairul Aming?” – Tukang Masak London Kenal KA, Ramai Bangga

Melalui perkongsian dalam video TikToknya, beliau sedar bahawa ramai rakyat Malaysia masih belum mengetahui tentang asal-usul hidangan tersebut.

“Dalam tempoh 24 jam yang lepas, saya sedar bahawa tidak ramai rakyat Malaysia tahu bahawa chicken chop bukanlah hidangan Barat.

“Ia dicipta di Malaysia. Saya tidak menyalahkan rakyat Malaysia kerana menganggap ia adalah hidangan Barat.

“Ia kelihatan seperti hidangan Barat, ia biasanya bukan jenis makanan yang anda dapati di sini (Barat), dan tentu, ia ada dalam menu Barat jika anda pergi ke restoran di Malaysia,” katanya.

@greggetseverywhere

Replying to @mulkan I’ve realised a lot of people don’t know that chicken chop is Malaysian! #food #foodtok #malaysianfood #malaysia

♬ original sound – Greg Larcombe

Beliau mengulas lanjut, berkongsi mengenai kewujudan menu ini di Malaysia di mana hidangan tersebut diperkenalkan oleh orang Cina yang berhijrah ke sini terutamanya dari kalangan Hainan pada abad ke-19.

“Apabila orang Cina berhijrah ke Malaysia terutamanya dari kalangan Hainan, ramai daripada mereka bekerja di rumah British, dan mereka mula menyesuaikan masakan mereka dengan citarasa Barat,” tambahnya lagi.

“Mereka merupakan orang pertama yang mula mencipta hidangan Barat untuk orang British yang tinggal di Malaysia, dan salah satu daripada hidangan yang mereka cipta adalah chicken chop,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa hidangan ini bukan asal Barat apabila sos yang digunakan dalam hidangan ini tidak sama dengan sos yang biasa digunakan di negara Barat.

Mengenai komen dari pengguna lain, ada yang mengakui bahawa walaupun telah hidup berpuluh tahun, mereka baru mengetahui bahawa makanan ini sebenarnya berasal dari Malaysia.

chicken chop

Walaupun menu ini bukan asal dari sana, tetapi mereka setuju bahawa hidangan ini mempunyai gaya Barat.

Baca juga: Bekas Chef Jual Bunga Kantan Raih Untung, Tukar Tanah Sampah Jadi Ladang

Sumber: Greg Larcombe

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN