Categories: Resipi

Resepi Chi Kut Teh Ayam Kampung Berkuah Herba & Sihat, Guna Pressure Cooker Sahaja!

Chi kut teh resepi ini sesuai dijadikan pilihan hidangan ketika cuaca tidak menentu. Kuahnya yang hangat dengan aroma herba Cina cukup menyelerakan, terutama ketika hari hujan atau cuaca sejuk. Hidangan ini juga sesuai untuk dinikmati bersama keluarga apabila teringin menjamu selera dengan masakan berkuah yang kaya dengan rasa.

Menariknya, resipi ini menggunakan periuk tekanan (pressure cooker) untuk mempercepatkan proses memasak sehingga ayam kampung menjadi empuk. Gabungan rempah Chi Kut Teh, bawang putih dan cendawan shiitake kering menghasilkan aroma yang harum serta menambahkan rasa pada kuah.

Sebelum dimasak, ayam diperap terlebih dahulu dengan sos kicap supaya rasanya lebih meresap. Campuran kicap manis, kicap pekat dan sos tiram memberikan warna serta rasa yang lebih menyeluruh pada hidangan. Jika anda ingin mencuba kelainan daripada sup ayam biasa, chi kut teh resepi ini boleh menjadi pilihan untuk hidangan tengah hari atau makan malam di rumah.

Baca juga: Ayam Masak Ketumbar Jintan, Rahsia Lauk Berempah Yang Buat Ramai Terliur Nak Cuba

CHI KUT TEH RESEPI BIKIN ANDA TERLIUR

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam kampung
  • 1 labu bawang putih
  • 1 paket rempah Chi Kut Teh
  • Chinese yam kering
  • Gula batu Cina
  • Cendawan shiitake kering
  • Fucuk goreng
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Minyak bijan
  • Serbuk perasa
  • Garam

Bahan-bahan sos kicap:

  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Minyak bijan
  • Serbuk perasa

Cara penyediaan:

  1. Campurkan sos tiram, kicap manis, minyak bijan dan serbuk perasa untuk menyediakan sos kicap.
  2. Lumurkan sos kicap pada ayam kampung dan perap seketika supaya rasanya meresap.
  3. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk tekanan (pressure cooker).
  4. Tambahkan bawang putih, rempah Chi Kut Teh, Chinese yam kering, gula batu Cina, cendawan shiitake kering dan fucuk goreng.
  5. Masukkan kicap manis, kicap pekat, minyak bijan, serbuk perasa dan garam secukup rasa.
  6. Tutup periuk tekanan dan masak selama 20 minit sehingga ayam empuk dan masak sepenuhnya.

Sumber: Threads @simu.hasni

Baca juga: Resepi Sup Ayam Jernih, Kuah Clear Tak Banyak Rempah Tapi Sedap Sampai Hirup Licin

Izzati

Recent Posts

Hanya 4 Rumah Sembelih Diiktiraf Halal Di Kuala Lumpur, Ramai Mula Persoal Status Ayam Segar

Hanya empat rumah sembelih di Kuala Lumpur mempunyai status halal yang diiktiraf, sekali gus menimbulkan…

13 hours ago

Cara Buat Dimsum Mentai, Inti Ayam Juicy Dengan Sos Berkrim Yang Melimpah!

Resepi dimsum mentai ini sesuai dicuba buat penggemar dimsum yang sukakan gabungan inti ayam lembut…

14 hours ago

Dah Macam-Macam Cara Cuba Tapi Masih Batuk? Ini 7 Petua Dapur Yang Boleh Diamalkan

Dah cuba petua limau nipis dan kicap tetapi batuk berkahak masih belum reda? Selain petua…

15 hours ago

Petua Mudah Lembutkan Daging Tetel Dengan Cepat, Guna Teknik 5-30-7 Ini!

Daging tetel antara bahagian daging lembu yang menjadi pilihan ramai kerana mempunyai gabungan isi dan…

15 hours ago

30 Fakta Menarik Tentang Pisang, Rupanya Bukan Semua Jenis Boleh Dimakan Mentah!

Pisang sememangnya antara buah yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Namun, tahukah anda terdapat pelbagai…

15 hours ago

Anak-Anak Minta Buat Dessert, Ibu Ini Kongsi Idea & Cara Mudah Sediakan Dadih Mangga Di Rumah!

Terasa teringin menikmati pencuci mulut yang sejuk dan menyegarkan? Dadih mangga boleh dijadikan pilihan kerana…

16 hours ago