cheesekut resepi

Kali ini, MyResipi nak tunjukkan cara buat cheesekut resepi mudah, cepat dan tak perlu guna oven atau kukus. Tak perlu juga letak telur!

Ada dua bahagian penting untuk buat cheesekut iaitu adunan krim keju dan lapisan biskut cream crackers yang dicelup dalam susu.

Kedua-dua bahan ini perlu disusun secara berlapis dan berselang-seli hingga terbentuk lapisan cheesekut yang menarik dan sedap. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Lengkong Sirap Ala Orang Dulu-Dulu, Manis & Sedapnya Tak Cukup Makan Satu!

CHEESEKUT RESEPI MUDAH & TANPA OVEN

cheesekut resepi

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut biskut cream crackers
  • Sedikit susu segar (fresh milk)
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 250g krim keju (cream cheese)

Cara-cara:

  1. Pukul krim keju menggunakan mixer hingga kembang. Kalau tiada mixer, boleh guna blender juga. Krim keju yang kembang akan jadi lebih lembut dan warnanya akan cerah sedikit.
  2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis sedikit demi sedikit. Rasa dahulu, kalau kurang manis, tambah lagi. Pukul lagi hingga sebati.
  3. Tambah sedikit susu segar (anggaran 1 hingga 2 sudu). Sesuaikan dengan kepekatan bancuhan. Jangan terlalu cair, nanti kek jadi lembik dan susah nak dipotong. Kalau terlalu pekat pula, bancuhan tak boleh lapis banyak lapisan. Ikut naluri masing-masing.
  4. Ambil biskut dan celupkan sekejap dalam susu segar. Ingat, jangan rendam, hanya celup sekejap sahaja. Kemudian, susun biskut dalam bekas.
  5. Lapiskan dengan bancuhan krim keju tadi. Tak perlu terlalu tebal, cukup sekadar menutupi biskut.
  6. Ulang langkah 4 dan 5 hingga habis bancuhan krim keju. Akhir sekali, pastikan lapisan atas adalah lapisan krim keju.
  7. Simpan dalam peti ais dan biarkan semalaman untuk mengeras agar mudah dipotong nanti.

Sumber: Zakiah Said

Baca juga: Resipi Puding Laici Berkuah, Nikmat Sungguh Makan Sejuk-Sejuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN