Categories: Resipi

Resipi Cheesecake Coklat, Comel Macam Ini Sayang Nak Makan!

Mini cheesecake coklat ini adalah hidangan yang manis dan mudah disediakan. Ia sesuai untuk dijadikan pencuci mulut bagi pelbagai majlis atau sebagai snek istimewa untuk keluarga.

Kombinasi biskut coklat yang rangup dengan adunan keju yang lembut dan rasa coklat pasti akan membuat anda teruja untuk mencuba.

Tanpa berlengah lagi, jom kita terus baca resipi lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Mini Brownies, Tak Perlu Potong-Potong & Senang Bila Nak Makan

RESIPI CHEESECAKE COKLAT

Bahan-Bahan:

Untuk Base:

  • 10 keping biskut berperisa coklat (kisar halus)
  • 50g mentega (dicairkan)

Untuk Adunan Cheese:

  • 250g keju krim (contoh: Tatura)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/4 cawan yogurt asli
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 100g coklat masakan (dicairkan menggunakan teknik double boiler)

Cara Penyediaan:

1. Kisar halus 10 keping biskut berperisa coklat.

2. Cairkan 50g mentega dan tuangkan ke dalam biskut yang telah dikisar. Gaul rata.

3. Ambil 1 sudu besar campuran biskut tadi dan masukkan ke dalam setiap paper cup. Tekan-tekan biskut sehingga padat.

4. Bakar pada suhu 160°C selama 10 minit. Ketepikan untuk sejuk.

5. Timbang 100g coklat masakan dan cairkan menggunakan teknik double boiler. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya, kemudian biarkan sejuk seketika.

6. Pukul 250g keju krim bersama 1/2 cawan gula kastor, 1/2 sudu kecil garam, dan 1 sudu kecil esen vanila sehingga keju kelihatan gebu. Jangan pukul terlalu lama, cukup sehingga bahan-bahan sebati.

7. Masukkan 1/4 cawan yogurt asli dan pukul sehingga sebati.

8. Tambahkan 1 sudu besar serbuk koko dan pukul lagi sehingga campuran sebati.

9. Masukkan 1 biji telur dan pukul adunan sebentar sahaja sehingga semuanya tercampur.

10. Akhir sekali, masukkan coklat masakan yang telah dicairkan tadi. Gaul secara kaup balik sehingga adunan tercampur sempurna.

11. Masukkan adunan cheese ke dalam piping bag dan pipe ke dalam paper cup yang telah dimasukkan base biskut tadi.

12. Sediakan water bath dengan mengisi air panas ke dalam loyang besar. Letakkan loyang cup cake ke dalam loyang yang berisi air panas tersebut.

13. Bakar di dalam oven pada suhu 160°C selama 50 hingga 60 minit.

14. Setelah cheesecake masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sepenuhnya.

15. Masukkan ke dalam peti sejuk (chiller) untuk beberapa jam sebelum ditambahkan topping kegemaran anda.

Sumber: Iedaa Jahaya

Baca lagi: “Tak Sempat Tengah Hari Dah Licin” – Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak

Aisha Qistina

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago