“Carrot lembik? Aduhai tak sempat guna lagi…”
Petua-petua dan tip di dapur bukan saja memudahkan urusan harian kita, malah ia juga berkesan untuk melanjutkan jangka hayat makanan.
Salah satu petua dapur yang ramai tak tahu adalah cara mengeraskan semula lobak merah yang sudah menjadi lembut dan layu.
Bila hal ini terjadi, biasanya kita terus buang saja lobak merah tu kan? Nak guna untuk masak pun sudah tidak berapa elok dan semestinya tidak sedap untuk dimakan.
Rupanya ada cara supaya carrot menjadi keras dan segar semula seperti baru dibeli. Barulah tak membazir! Masih boleh diguna untuk memasak.
Ikut saja tips yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Munirah Jamaludin di bawah.
Baca juga: Petua Cuci Kerang & Lala Supaya Mudah Terbuka, Hilang Segala Pasir & Selut
1. Kupas dan buang kulit lobak merah yang sudah menjadi lembut.
2. Potong kecil carrot tersebut dan rendam dalam semangkuk air. Biarkan seketika.
3. Hasilnya carrot akan jadi segar dan keras semula. Boleh digunakan untuk masak seperti biasa.
Semoga bermanfaat! Lihat video penuh di bawah.
@munirahjamaludin_ carrot dah lembik? Haaa.. jangan buang. Ni cara dia nak bagi fresh balik.. #tipsdapur #greatestmakanhits #fypシ
Sumber: TikTok @munirahjamaludin_
Baca juga: Petua Simpan Dedaun Sayuran Supaya Tahan Lama & Tak Kering, Tak Perlu Rendam Air Pun
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…