Categories: ResipiTips & Petua

Petua Buat Perapan BBQ Yang Sedap, Jangan Perap Dengan Gula & Madu. Nanti Hangus & Rasa Hangit!

Setiap kali buat perapan BBQ tak kira lauk ayam mahupun kambing, pasti akan jadi hangus dan rasa hangit. Silapnya mungkin pada perapan tersebut yang mungkin guna gula ataupun madu.

Rupanya, letak gula dan madu merupakan kesilapan yang besar! Mungkin ada yang kata, kalau tak letak bahan tersebut perapan BBQ tidak sedap.

Seorang pengguna laman sosial Twitter, Faeez Harith ada berkongsikan resipi bbq yang sedap tanpa perlu letak gula. Jom baca perkongsiannya di bawah.

RESIPI PERAPAN BBQ YANG SEDAP TANPA PERLU GULA

“Kelmarin ada kawan² nak buat BBQ, aku perapkan barang-barangnya. Nak bagitau petua sikit, kalau nak bakar membakar ni jangan perap dengan gula, termasuklah madu. Nanti hangus, rasa hangit tak sedap. Aku ada resepi yang sedap tanpa perlu gula tapi kalau ramai tanya baru aku kongsi.”

Bahan untuk ayam:

  • Serbuk bawang
  • Serbuk bawang putih
  • Lada hitam
  • Daun thyme
  • Garam
  • Jus lemon
  • Hirisan lemon
  • Minyak masak

Cara-cara buat perapan ayam:

  1. Gaul semua, perap semalaman. Bakar tanpa perlu tambah minyak lagi dah.
  2. Sukatan tu agak-agak saja, jangan berlebih sangat. Ayamnya nanti berjus, tak kering.

Bahan untuk kambing:

  • Serbuk halia
  • Serbuk bawang putih
  • Serbuk bawang
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan putih
  • Lada hitam
  • Paprika
  • Garam
  • Sumac
  • Minyak masak

Cara-cara buat perapan kambing:

  1. Gaul dan perap semalaman. Sukatan pun kena agak-agak ikut berat daging.
  2. Sumac jangan lebih nanti masam.

Sumber: Mohammad Faeez Harith (Twitter)

Wan N

Recent Posts

Resipi Wantan Goreng Inti Ayam Berperisa & Rangup, Ini Tips Supaya Lipatan Tak Koyak!

Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…

4 hours ago

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

8 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

9 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

11 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

11 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

11 hours ago